☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Mac 2026

Nostalgia: Honda CBR600 F3 - Superbike Klasik Tak Lapuk Dek Zaman

Mungkin betul...mungkin kurang tepat tapi bagi 'otai' dunia motosikal sudah pasti bersetuju kalau RR katakan model supersport dari honda iaitu CBR600 F3 merupakan antara model paling ikonik pernah dihasilkan dan popularitinya masih kekal hingga ke hari ini.

Honda CBR600 F3 dilancarkan pada tahun 1995, generasi ketiga dalam siri CBR 600F. Ketika itu ia adalah satu jentera yang menggabungkan teknologi, prestasi dan rekabentuk yang 'advance' berbanding para pencabarnya. Berbanding model sebelumnya iaitu CBR 600 F2, F3 telah diberikan pelbagai peningkatan dan penambahbaikan hampir dari setiap sudut. Ini melibatkan prestasi enjin (sistem karburetor lebih responsif), sistem saspensi lebih mantap dan bentuk yang lebih aerodinamik.

Honda CBR 600 F3 disempurnakan dengan enjin 599cc, 4 silider sebaris, DOHC, sistem penyejuk cecair yang menjanakan hantara kuasa 98hp pada 12,000rpm dan tork 63Nm pada 10,500rpm. Sistem pengaliran udara terbaru 'Direct Air Induction' yang ditawarkan oleh model F3 ini membantu meningkatkan kecekapan pengaliran udara ke dalam enjin yang terbukti berjaya meningkatkan prestasi.

Casisnya diasaskan daripada jentera pelumbaan yang menyumbang kepada kualiti tunggangan yang cukup tinggi, tidak kira dalam kelajuan tinggi mahupun tunggangan santai. F3 juga menggunakan lampu utama jenis plastik dan panel meter jenis digital yang kemas dan cukup jelas.

Jujurnya, model Honda CBR600 F3 ini masih cantik dan relevan untuk tunggangan santai. Enjinnya yang seimbang dari segi kuasa, ketahanan dan kelancaran dalam semua keadaan. Memang 'LEJEN!'. RR

Spesifikasi Ringkas:

  • Enjin: 599cc, 4 silider sebaris, DOHC, sistem penyejuk cecair
  • Kuasa maksimum: 98hp pada 12,000rpm
  • Tork maksimum: 63Nm pada 10,500rpm
  • Transmisi: 6 kelajuan
  • Tayar hadapan: 120/60 ZR17
  • Tayar belakang: 160/60 ZR17
  • Brek hadapan: 2 x brek cakera 296mm
  • Brek belakang: 1 x brek cakera 220mm
  • Saspensi hadapan: Fork jenis katrij
  • Saspensi belakang: Pro-Link dengan prabeban 7-tahap
  • Tinggi pelana: 810mm
  • Isi tangki: 17 liter
  • Tapak roda: 1,405mm
  • P x L x T: 2,055 x 685 x 1,135mm
  • Berat kering: 185kg

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.