☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Mac 2026

Boon Siew Honda Gesa Masyarakat Menunggang Dengan Selamat

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) tidak pernah berkompromi khususnya mengenai isu keselamatan penunggang motosikal lebih-lebih lagi apabila saat tibanya musim perayaan. Untuk sambutan Aidilfitri tahun ini, BSH sekali lagi 'turun padang' untuk mendekati dan memberi kesedaran kepada pemilik dua roda dengan melancarkan Kempen Servis dan Keselamatan Motosikal yang diadakan di R&R Juru, Pulau Pinang.

YB Zairil dan pihak pengurusan BSH serta para VVIP yang hadir.
YB Zairil dan pihak pengurusan BSH serta para VVIP yang hadir.

Majlis pelancaran kempen tersebut telah disempurnakan oleh YB Zairil Khis Johari, Exco Infrastruktur, Pengangkutan & Digital Pulau Pinang dan En. Kunitomo Asano, Pengarah Urusan & CEo BSH. Tema untuk kempen kali ini cukup menyentuh hati iaitu 'Kepulangan Yang Dinanti' yang pastinya memberi impak mendalam buat setiap pengguna jalanraya. Jutaan kenderaan akan pulang ke kampung beberapa hari lagi dan kita semua berdoa agar perjalanan pulang kita selamat hingga ke destinasi.

Program yang dianjurkan oleh BSH ini menggalakkan para penunggang motosikal untuk mengamalkan tabiat mudah dan bertanggungjawab yang boleh mengurangkan risiko di jalan raya. Sama ada dalam perjalanan pulang beraya di kampung atau berulang alik setiap hari, para penunggang perlu sentiasa menggunakan pakaian keselamatan asas seperti topi keledar, sarung tangan dan jaket pemantul.

Para penunggang motosikal yang hadir ke kempen itu telah diberikan pemeriksaan percuma 10 titik penting pada motosikal masing-masing. Ini amat penting bagi memastikan motosikal berada dalam keadaan yang baik dan selamat. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.