☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Mei 2026

Jom Pusing Pulau Dengan MODENAS MEV-2

Jika kawan-kawan berkunjung ke Pulau Langkawi, jemput singgah di Honeyzone Travel & Tours Sdn Bhd (Honeyzone) yang beroperasi di Pantai Chenang. Mengapa anda kami jemput ke sana?

Jawapannya...kawan-kawan kini boleh bersiar-siar dengan menunggang MODENAS MEV-2 yang kini ditawarkan oleh pihak Honeyzone pada harga sewaan promosi RM99 untuk satu hari. Ketibaan skuter elektrik MODENAS di Langkawi ini merupakan usaha terbaru pihak MODENAS untuk berkolaborasi dengan pengusaha motosikal sewaan di pulau peranginan tersebut bermula dengan Honeyzone.

Menurut CEO MODENAS, En. Roslan Roskan, pihaknya menyediakan dua buah MEV-2 untuk digunapakai seterusnya dinilai khususnya dari segi prestasi enjin. Jika maklum balas positif, MODENAS tidak ragu-ragu untuk membekalkan lebih banyak unit kepada Honeyzone dan para pengusaha lain yang berminat.

Selain itu, MODENAS juga mengambil langkah positif untuk memperkenalkan jentera MEV-2 kepada Langkawi Development Authority (LADA) dan agensi-agensi lain seperti Majlis Perbandaran Langkawi Bandar Pelancongan (MPLBP), GIATMARA, Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), Langsura Geopark Sdn Bhd dan Bateriku.

MODENAS MEV-2 merupakan jentera yang direka khas untuk kegunaan harian khususnya di kawasan urban. Ia berkuasa 5.1kW (6.8hp) dengan kelajuan maksimum 80kmj dan mampu bergerak pada jarak tunggangan 107km dengan bateri penuh. Model ini hadir panel instrumen LCD, lampu-lampu LED penuh, dan port pengecasan USB. Ia amat sesuai untuk digunakan sebagai jentera 'bersih' di Langkawi yang terkenal di seluruh dunia sebagai destinasi pelancongan bertaraf global.

Turut dibekalkan pada pihak Honeyzone ialah unit pengecas pantas dan pek pengecas. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.