☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Mei 2026

Honda Impian X Terbesar di Malaysia Terletak Di Nilai, Negeri Sembilan

Boon Siew Honda (BSH) mengukuhkan rangkaian premium di seluruh negara dengan perasmian Kuek Motor Nilai yang kini diiktiraf sebagai pengedar Honda Impian X yang terbesar di Malaysia. Dengan keluasan sekitar 5,600 kaki persegi, fasiliti utama serba baru ini turut berfungsi sebagai 'Pusat Sehenti' yang komprehensif dan moden untuk meningkatkan pengalaman pemilikan Honda ke satu tahap baru.

Cawangan utama di Nilai ini merupakan pelaburan besar kedua oleh Kuek Motor M) Sdn Bhd selepas pusat pameran pertama mereka di Sungai Pelek, Sepang. Perkembangan positif ini adalah maklum balas atau respons terhadap penambahan permintaan bagi perkhidmatan premium di kawasan sempadan Negeri Sembilan dan Selangor.

Kuek Motor Nilai akan memastikan para pelanggan bakal menikmati:

  • Pilihan Terbesar:  Rangkaian penuh motosikal Honda yang terdiri daripada model moped, skuter, sport dan jentera kembara sehingga 250cc.
  • Ruang Servis Premium: Dilengkapi dengan 8 ruang servis khas dan direka untuk menawarkan tempoh penyelenggaraan dan baikpulih dengan masa yang singkat.

  • Pasukan Teknikal Pakar: Pusat pameran ini dikendalikan oleh 10 kakitangan berpengalaman yang ditugaskan bagi memastikan pengalaman pelanggan yang profesional dan lancar.
  • Ruang Rehat Premium: Ruang menunggu yang luas dan berhawa dingin bagi memastikan para pelanggan selesa sementara menunggu motosikal mereka dikendalikan oleh para mekanik terlatih.

Bersempena dengan majlis perasmian Honda Impian X Nilai ini, turut diadakan ialah promosi istimewa untuk jangka masa terhad:

1. Honda RS-X WInner: Rebat segera RM1,500 + Topi Keledar ARC

2. Honda Vario 160: Rebat Segera RM800

3. Honda ADV160: Vaucher istimewa RM300 dengan setiap pembelian

4. Kempen 'Testride': Para pelanggan boleh menunggang uji pelbagai model terbaru termasukan Vario 125 Street serba baru.

Dari kiri: DAto' Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, Nuraifa Ainina dan En. Kunitomo Asano.
Dari kiri: DAto' Sri Datuk Wira Tan Hui Jing, Nuraifa Ainina dan En. Kunitomo Asano.

Pada hari perasmian, pihak BSH turut meraikan pemenang skuter eksklusif Honda Vario Street X Katun iaitu Nuraina Ainina Abd. Samad. Nuraifa merupakan seorang graduan Jurusan Pembuatan yang sememangnya pemilik dan peminat tegar Honda. Peraduan tersebut telah diadakan bermula dari 9hb April hingga 23 April dan Nuraifa terpilih daripada 180 penyertaan. Tahniah diucapkan! RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).