☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Jun 2026

Honda Vario 125 Baharu Tampil Dengan Ciri Dipertingkatkan - RM7,268

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan Honda Vario 125 Baharu yang tampil dengan beberapa pembaharuan dari segi reka bentuk, teknologi dan ciri praktikal bagi memenuhi keperluan pengguna harian. Model ini melengkapkan lagi siri keluarga Vario 125 di Malaysia selepas pelancaran Vario 125 Street pada bulan April yang lalu.

Antara perubahan paling ketara ialah rekabentuk luarannya serba baharu dengan bahagian hadapan yang lebih tajam dan moden. Manakal rekaan grafik badan terkini memberikan lagi penampilan lebih dinamik pada skuter ini. Sistem pencahayaan juga kini menggunakan lampu LED penuh merangkumi lampu hadapan, lampu belakang dan lampu isyarat.

Selain itu, Honda turut melengkapkan Vario 125 Baharu dengan soket pengecas USB Type-C yang ditempatkan pada ruang di bahagian hadapan bagi membolehkan penunggang mengecas telefon bimbit semasa di atas jalan.

Vario 125 masih menggunakan enjin 125cc satu silinder, sistem penyejukan cecair dengan teknologi Enhanced Smart Power (eSP) yang menghasilkan kuasa 11.5hp pada 8,500rpm dam tork sekitar 11.7Nm pada 5,000rpm. Sistem Idling Stop System (ISS) turut dikekalkan supaya dapat menjimatkan penggunaan bahan api ketika berhenti di lampu isyarat.

Antara kelengkapan lain termasuklah paparan meter digital, sistem combi brek, brek cakera di hdapan, ruang bawah pelana 18 liter, penyangkut barang, sistem kunci pintar Honda, berat 111kg, tangki bahan api 5.5 liter, tayar hadapan 90/80-14, tayar belakang 100/80-14, sistem suntikan bahan api PGM-FI, pengunci brek parking dan tinggi pelana 769mm.

Honda Vario 125 Baharu ditawarkan pada harga asas RM7,268 yang didatangkan bersama tiga pilihan warna iaitu Green, Magenta dan Matte Black. Model ini berada di semua pengedar Honda Impian X dan pengedar sah Honda di seluruh negara bermula 22 Jun 2026. RR

Popular

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

  • Dari Litar

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.