☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 Jun 2026

Platform Honda X Dinaiktaraf Dengan Penambahan Ciri e-Warranty & Sejarah Servis Digital

“Honda Anda. Rekod Anda. Kini Dalam Genggaman.” Itulah komitmen terbaharu Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) apabila memperkenalkan dua ciri baharu dalam platform digital Honda X iaitu e-Warranty dan Service History. Dengan penambahan ciri-ciri ini membolehkan pemilik motosikal Honda mengakses maklumat waranti serta rekod penyelenggaraan kenderaan mereka terus melalui telefon pintar.

Melalui e-Warranty, pengguna boleh menyemak status perlindungan waranti dan tarikh tamat tempoh waranti pada bila-bila masa tanpa perlu pergi ke pusat servis atau merujuk buku waranti fizikal. Sementara itu, fungsi Service History pula menyediakan rekod lengkap dan disahkan bagi setiap servis yang telah dilakukan ke atas motosikal termasuklah tarikh servis, jenis penyelenggaraan dan pusat servis Honda yang melaksanakannya.

Kedua-dua ciri ini telah diaktifkan dan boleh digunakan serta-merta melalui platform Honda X tanpa memerlukan sebarang kemas kini aplikasi. Pengguna hanya perlu log masuk ke akaun masing-masing untuk mengakses maklumat tersebut.

Menurut Boon Siew Honda, rekod servis yang lengkap dan disahkan bukan sahaja memudahkan urusan pemilikan motosikal tetapi turut meningkatkan nilai jualan semula kenderaan. Pembeli dan pengedar kini boleh mengesahkan sejarah penyelenggaraan sesebuah motosikal dengan lebih mudah dan pantas. Pada masa yang sama, rangkaian pengedar Honda juga dapat mengurangkan proses pengesahan secara manual dan mempercepatkan kerja-kerja penyelenggaraan terutama apabila pelanggan mendapatkan servis di pusat servis yang baharu.

Platform Honda X mula diperkenalkan pada bulan Ogos 2024 sebagai platform tempahan servis dan peringatan penyelenggaraan. Sejak itu, Boon Siew Honda terus memperluaskan fungsinya dengan memperkenalkan Kupon Servis Percuma Digital pada penghujung 2024, ciri “My Voucher” pada April 2025 dan kini e-Warranty serta Service History pada Jun 2026.

"Kemudahan digital kini bukan lagi satu kelebihan tambahan, sebaliknya menjadi jangkaan utama pelanggan. Pengenalan e-Warranty dan Service History membolehkan pelanggan mendapatkan maklumat penting dengan lebih mudah, selain membantu pengedar memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti. Langkah ini juga mencerminkan komitmen syarikat dalam menawarkan pengalaman pemilikan yang lebih telus, efisien dan berfokus kepada keperluan penunggang, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, En. Kunitomo Asano.

Honda X merupakan platform digital percuma untuk pemilik motosikal Honda yang menawarkan pelbagai fungsi seperti tempahan servis, peringatan penyelenggaraan, promosi terkini, berita, senarai pengedar, baucar digital, e-Warranty dan Service History. Pendaftaran adalah percuma dan boleh dilakukan melalui laman rasmi Honda X iaitu https://hondax.boonsiewhonda.com.my/. RR

Popular

  • Warta Roda

    SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

  • Model Baru

    KTM 790 Adventure 2027 Bakal Dibawa Masuk Ke Malaysia

  • Model Baru

    Zontes 552Z Bakal Masuk Malaysia Suku Kedua 2027

  • Model Baru

    Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

  • Model Baru

    Zontes 552H Sah Masuk Malaysia Pada Tahun 2027

Artikel berkaitan

SYM Tampilkan Skuter Konsep Dengan Teknologi Turbo 'MAXSYM TURBO'

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki Perkenal GSX-10R Serba Baru

Suzuki secara rasminya telah melancarkan Suzuki GSX-10R, sebuah jentera sportbike yang dibina berasaskan konsep "Fun. Unlimited."

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.