☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Februari 2016

Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2016

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) telah menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya pada 28 Januari lalu dengan tujuan untuk memberikan pendedahan khususnya kepada pengguna motosikal betapa pentingnya tunggangan yang berhemah sewaktu berada di jalan raya. Selain itu juga turut diberi penekanan ialah kesempurnaan sesebuah motosikal itu yang merupakan faktor penting untuk menjamin keselamatan pemiliknya.

Usaha murni ini telah dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai yang ditemani oleh Pengerusi Eksekutif KMSB, Raja Dato’ Hanipuddin Raja Dato’ Nong Chik, Pengerusi Persatuan Penjual Motosikal & Skuter Malaysia, En. Wee Hong dan Pengurus Besar & Pengarah KMSB, Dato’ Jeffrey Lim.

Dato’ Sri Liow Tiong Lai (bertopi keledar) melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kawasaki 2016.

Menurut ucapan yang disampaikan oleh Dato’ Sri Liow Tiong Lai, jumlah kemalangan jalan raya bagi tahun 2015 adalah sebanyak 489,606 berbanding 476,196 kes yang tercatat bagi tahun 2014. Jumlah kemalangan maut pula mencatatkan peningkatan kepada 6,706 orang pada tahun 2015 berbanding 6,674 orang pada tahun sebelumnya. Ini menunjukkan kadar kematian jalan raya adalah sebanyak 18 orang setiap hari. Menurut statistik, bagi 10 tahun yang lepas, pengguna tertinggi yang terlibat dalam kes kematian adalah penunggang motosikal dengan jumlah sebanyak 39,744 orang.

“Kerajaan sedar dan prihatin terhadap ke-selamatan pengguna-pengguna motosikal yang terdedah kepada risiko kemalangan yang tinggi berbanding kenderaan lain. Untuk itu kerajaan telah menjayakan pelbagai inisiatif bagi mempertingkatkan kesedaran pengguna jalan raya mengenai keselamatan dan antaranya termasuklah kempen myLesen yang khasnya tertumpu kepada pengguna motosikal. Kesemua pihak mempunyai tanggungjawab masing-masing bagi mewujudkan jalan raya yang lebih selamat,” kata Dato' Sri Liow Tiong Lai.

Para pengunjung yang hadir bersama jentera masing-masing akan menerima pemeriksaan keselamatan percuma daripada mekanik-mekanik KMSB. Antara bahagian-bahagian yang diperiksa adalah lampu hadapan, lampu isyarat, lampu belakang, lampu brek, pendikit minyak, saspensi, rantai, gegancu, brek pad, keadaan tayar, kadar tekanan tayar dan banyak lagi. Jika ada yang bermasalah, pemilik jentera ini akan diberi nasihat untuk dibaik pulih. RR

Isu Pada

Mac 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.