☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Februari 2016

ZX-10R 2016 Taruhan Terbaru Kawasaki

Jentera Kawasaki ZX10-R mula mendapat perhatian para pencinta dunia perlumbaan bermula pada tahun 2012 selepas pelumba mereka, Tom Sykes berupaya berada bersama kelompok hadapan sepanjang musim. Lebih mengejutkan apabila pasukan Kawasaki muncul naib juara pada musim itu hanya dengan perbezaan mata sebanyak 0.5 mata di belakang pasukan Aprilia yang diwakili oleh pelumba lagenda, Max Biaggi.

Jurutera-jurutera Kawasaki yang diketuai oleh En. Yoshimoto Matsuda tidak pernah 'tidur' untuk terus menghasilkan sebuah produk yang mampu memberikan mereka gelaran juara. Usaha ini berhasil pada tahun 2013 apabila Tom Sykes menamatkan persaingan di tangga tertinggi. Tahun 2014, Kawasaki terpaksa menerima hakikat berada di tangga kedua keseluruhan apabila tewas di tangan pasukan Aprilia hanya dengan enam mata tetapi kekecewaan itu ditebus pada musim lepas dengan kecemerlangan luar biasa yang ditunjukkan oleh Jonathan Rea bersama ZX-10R 2015.

Melihat akan prestasi jentera ZX10-R ini sudah pasti kita dapat menggambarkan betapa hebatnya usaha yang giat dijalankan oleh Kawasaki. Tidak dinafikan, kejayaan yang dikecapi ini juga memberikan impak kepada penjualan jentera ini di seluruh dunia termasuk di negara kita. Menurut pihak Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd, kemantapan jentera ini di litar dan di jalanan biasa adalah faktor utama mengapa model ZX10-R ini mendapat sambutan yang mengagumkan dengan penjualan lebih daripada 200 unit pada tahun 2015.

Dari kiri: En. Saturo Akitsu, Dato’ Jeffrey Lim dan En. Y. Matsuda.
Dari kiri: En. Saturo Akitsu, Dato’ Jeffrey Lim dan En. Y. Matsuda.

Kawasaki melangkah ke tahun 2016 dengan memperkenalkan sebuah model terbaru yang bukan sahaja menjanjikan prestasi hebat pasukan hijau ini di litar tetapi juga bakal dinikmati oleh pencinta motosikal biasa. “Kami di Kawasaki sentiasa inginkan kejayaan ZX10-R ini dapat dikongsi dan dinikmati oleh para penunggang biasa. Apa yang ditumpukan pada model 2016 bukan sahaja dari segi prestasinya tetapi juga pada kadar pengendalian dan gaya tunggangan yang mudah untuk semua jenis penunggang,” kata Ketua Projek ZX10-R, En. Y. Matsuda ketika bersama media pada 15 Februari lalu.

“Sememangnya kami ingin para pemilik ZX10-R baru ini dapat menikmati pengalaman menunggang sebuah jentera yang cukup mirip dengan apa yang akan digunakan oleh para pelumba Kawasaki pada musim ini. Pelbagai pembaharuan telah dilakukan yang kesemuanya diambil terus dari dunia perlumbaan. Antaranya ialah posisi menunggang, casis, sistem saspensi hadapan dan belakang yang dihasilkan bersama Showa, sistem brek, tindak balas pendikit, sistem elektronik dan penjimatan bahan api yang lebih baik. Untuk mengekalkan prestasi jentera ini di tahap tertinggi, Kawasaki juga telah membuat perbandingan secara teliti dan menyeluruh dengan jenama-jenama saingannya.

Untuk model 2016, beberapa pembaharuan telah dilakukan pada model ini demi mendapatkan prestasi terbaik dan antaranya ialah bahagian fairing hadapan yang lebih besar dan aerodinamik memboleh udara melalui jentera dan penunggang dengan lebih efisien. Kerjasama antara Kawasaki dan Showa berjaya melengkapkan fork hadapan ZX-10R ini dengan Showa Balance Free Front Fork yang meningkatkan kadar keselesaan, kestabilan tinggi ketika membrek, meningkatkan keserasian antara penunggang dan jentera.

Saspensi belakang pula adalah dari jenis melintang yang kini dilengkapkan dengan Balance Free Rear Cushion (BFRC) yang menawarkan peningkatan tahap keselesaan dan cengkaman bahagian belakang ketika membuat miringan.

“Selepas memperkenalkan model baru ini kepada beberapa pelumba dan bekas pelumba, maklum balas yang diberikan cukup-cukup positif. Kebanyakan mereka memuji posisi tunggangan dan hantaran kuasa yang kini lebih lancar dan lebih mudah. Ia seumpama menunggang sebuah Ninja 300cc! Walaupun tenaganya setinggi 207hp, ia tidak menakutkan walaupun bagi penunggang baru disebabkan hantaran kuasanya yang lancar dan stabil,” tambah En. Y. Matsuda.

Apa yang cukup mengujakan ialah kebijaksaan jentera ZX10-R ini membuat pengiraan cara dan gaya tunggangan seseorang itu. Kecanggihan sistem elektronik yang dilengkapkan padanya bukan sahaja mampu mengawal setiap pergerakan tetapi juga berupaya mengagak apakah kesilapan yang bakal dilakukan oleh penunggangnya. ZX-10R kini lengkap dengan sistem traction control, Kawasaki Launch Control Mode, Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System, Kawasaki Engine Brake Control, Kawasaki Quick Shifter dan Power Modes.

Hebat! Selepas mendengar dengan panjang lebar taklimat teknikal yang disampaikan oleh Ketua Projek ZX10-R sendiri, kami dapat merasakan betapa hebatnya jentera ini dan sudah pasti tidak sabar-sabar lagi untuk mengujinya. Dijangkakan sesi tunggangan uji ZX10-R ini akan diadakan di litar SIC pada bulan Mei nanti. Sabar.... RR

Isu Pada

Mac 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).