☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 April 2018

Pemilik Suzuki V-Strom Berkonvoi Ke Melaka

Tahniah buat Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd di atas kejayaan menganjurkan Malacca Adventure Convoy For V-Strom buat kali pertamanya pada 10 Mac lalu. Bertempat di Hard Rock Café Melaka, penganjuran ini berjaya mengumpul sebanyak 100 buah jentera V-Strom 650 termasuk V-Strom 1000 dan Suzuki DL1000 yang datang dari seluruh negara termasuk Singapura. Perhimpunan para pemilik V-Strom tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Urusan Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd, En. Yutaka Ishihara.

“Kami amat berbangga dengan kehadiran para pemilik jentera Suzuki V-Strom pada hari ini dan sememangnya komuniti pemilik jentera pengembaraan ini semakin hari s e m a k i n b e r k e m b a n g . Paling tidak diduga tentulah apabila melihat kira-kira 30 buah V-Strom yang sanggup berkonvoi dari Singapura semata-mata untuk menyokong program ini. Bandar Melaka dipilih kerana ia meriah, cantik, bersih dan kami ingin berkongsikan nilai kekayaan budaya dan sejarah di sini kepada rakan-rakan yang hadir,” kata En. David Loh, Pengurus Bahagian Jualan Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd.

Dengan ada penganjuran seperti ini, para peserta dapat menikmati pelbagai juadah yang disediakan di samping berjumpa dengan kenalan baru dan lama. Bagi mereka yang jarang ke Melaka, ini juga masa terbaik untuk bersiar-siar dan bergambar kenangan di beberapa kawasan popular yang berdekatan dengan Hard Rock Café tersebut seperti Jonker Street, Muzium Budaya Cheng Ho, Bangunan Stadthuys, Menara Jam Melaka, Cendol Jam Besar, Melaka River Walk dan banyak lagi.

Setiap peserta yang menyertai konvoi ini juga diberikan satu kupon Introducer’s Fee Campaign yang membolehkan mereka menerima wang tunai RM200 jika membawa seorang rakan atau sahabat handai membeli sebarang jentera berkuasa tinggi Suzuki di mana-mana pengedar rasmi jenama tersebut.

En. David Loh menerima cenderahati daripada wakil para pemilik V-Strom Singapura, En. Suffian.
En. David Loh menerima cenderahati daripada wakil para pemilik V-Strom Singapura, En. Suffian.

Bagi membantu seorang rakan yang juga pemilik jentera V-Strom dikenali sebagai Abe Den yang mengidap sakit barah, para peserta dan kakitangan Suzuki Assemblers telah mengadakan derma kilat yang berjaya mengumpul sejumlah wang yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung beliau.

“Sememangnya ini adalah satu permulaan yang cukup baik. Kami selalu bermotosikal ke Malaysia dan antara destinasi wajib singgah ialah Melaka kerana nilai kebudayaannya yang tinggi. Sebagai pengguna V-Strom, saya telah mengembara ke merata tempat seperti Malaysia dan Thailand. Ketahanan enjin dan keselesaan yang dimiliki oleh jentera ini memang amat saya sukai. Diharap pihak Suzuki Malaysia akan terus aktif dalam penganjuran seperti ini kerana kami dapat bertemu dengan rakan-rakan pencinta Suzuki dari negara yang berbeza,” kata Suffian dari Singapura.

“Tahniah buat Suzuki Malaysia atas penganjuran ini. Suzuki V-Strom merupakan jentera berkuasa tinggi pertama milik saya dan pemilihan untuk membeli jentera ini memang sangat tepat. Walaupun saya baru dalam dunia motosikal berkuasa tinggi dan touring, V-Strom mempercepatkan kemahiran saya mengendalikannya kerana ia mesra penunggang. Saya juga selesa menunggang jentera ini setiap hari untuk ke tempat kerja dan selepas dapat berkonvoi ke Melaka, saya mungkin akan bermotor ke destinasi yang lebih jauh.

Ia merupakan satu langkah yang sangat penting buat Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd dalam usaha mempromosikan dan mewar-warkan kemantapan jenterajentera yang dikeluarkan. Diharap lebih banyak aktiviti dapat dirancang seperti ini yang meninggalkan kenangan manis buat para pemilik. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.