Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Julai 2017

Retromania Grand Gathering

Retromania yang diadakan buat kali kelima di Dataran Pantai Morib pada 29 – 30 April lalu berjaya mencatat lebih daripada 5,000 peserta dan seterusnya tersenarai dalam Malaysia Book of Records 2017. Acara ini turut diserikan dengan kehadiran Adun Morib iaitu YB.Tuan Haji Hasnul Bin Baharuddin dan YDP MDKL Tuan Mohamad Zain Bin A. Hamid.

Retromania 2017 memperlihatkan ramai peserta dari seluruh pelusuk tanahair dan seberang laut dengan bermacam jenis motosikal retro daripada pelbagai jenama. Ramai yang hadir mengambil peluang untuk mempromosikan kelab dengan cenderahati seperti baju-T dan lencana masing-masing. Ada juga yang mengambil gerai promosi untuk menawarkan perkhidmatan, menjual alat-alat ganti motosikal dan aksesori dengan tawaran harga yang istimewa. Perhimpunan ini juga merupakan satu platform buat mereka yang berkumpul untuk berkongsi pengalaman dan berjumpa dengan kawan-kawan dari jauh dan dekat.

ADUN Morib, YB.Tuan Haji Hasnul Bin Baharuddin meletakkan stiker pada sebuah Kawasaki KRZ250.
ADUN Morib, YB.Tuan Haji Hasnul Bin Baharuddin meletakkan stiker pada sebuah Kawasaki KRZ250.
Pintu Gerbang ke Dataran Pantai Morib.
Pintu Gerbang ke Dataran Pantai Morib.

Antara yang hadir di acara ini ialah Annete Bernbeck berumur 49 tahun dan keluarganya dari Jerman. Mempunyai pengalaman menunggang selama 29 tahun bersama suaminya, manakala anak tunggal mereka berusia 16 tahun baru berjinak-jinak dengan motosikal. Mereka cukup terkejut dan teruja apabila melihat berbagai jenis motosikal klasik yang terdapat di Retromania.

Pengalaman yang sama juga dikongsi oleh dua orang pengembara motosikal yang sedang mengelilingi dunia iaitu Natalia dari Chile dan Mike dari England. Mereka juga tidak sangka terdapat begitu banyak motosikal retro katanya.

Dari negara jiran, Pak Hari dari Jakarta bersama rakannya pertama kali ikuti acara Retromania di Pantai Morib. Dia dan rakan-rakan juga merancang untuk membawa motosikal mereka melalui Port Balawan ke Port Klang untuk ikuti acara permotoran di Malaysia di masa akan datang.

Seronok dapat berkenalan dengan ramai pecinta motosikal retro.
Seronok dapat berkenalan dengan ramai pecinta motosikal retro.
Peminat Cagiva turut serta Retromania.
Peminat Cagiva turut serta Retromania.

Abang Rostam 62 tahun yang dikenali sebagai abang Lan @ Rusty Scoot dari Langat yang merupakan seorang bekas pelumba kini menetap di Kulim. Beliau bersama keluarganya pada setiap tahun tidak melepaskan peluang untuk berniaga di Retro Mania.

Seorang lagi lagenda permotoran negara iaitu Adi Haslam (dahulunya: Cletus Anthony) yang terkenal dalam perlumbaan empat dan dua roda. Selepas terlibat dalam kemalangan motosikal pada 1997, beliau tidak boleh berjalan. Tapi walaupun berkerusi roda, ia tidak mematahkan semangatnya dan beliau masih aktif dalam persaingan empat roda. Beliau sempat memberi nasihat pada anak muda agar tidak terjerumus dengan perlumbaan haram di jalan raya.

Dari bahagian utara, kelihatan kumpulan KS Retro Bukit Mertajam yang hadir dengan sembilan buah motosikal, Geng Retro Kayang Perlis – 13 motosikal, Kuala Ketil Retro - 30 motosikal dan Carapoley 23 motosikal juga dari Kuala Ketil, Kedah. Kumpulan Carapoley bercadang untuk mengadakan Suzuki Jamboree Malaysia di Sedim, Kulim pada bulan September nanti.

Annete Bernbeck bersama anaknya dari Jerman.
Annete Bernbeck bersama anaknya dari Jerman.
Cun.... nampak sungguh segak & bergaya.
Cun.... nampak sungguh segak & bergaya.

Ada kumpulan yang mengambil masa lebih kurang 12 jam ke atas untuk sampai ke Pantai Morib. Kelewatan ini disebabkan setengah motor mereka mengalami kerosakan dan perlu dibaiki sendiri semasa dalam perjalanan.

JRC – Johor Retro Club adalah gabungan kelab- kelab dari negeri Johor iaitu JRC open, Karisma , Black Panther, Petronas, Shell, SBV, Semerah Padi dan Group Elora. Sejak perhimpunan pertama di Pantai Morib, mereka tidak pernah melepaskan peluang untuk mengikuti Retro Mania ini. Diketuai oleh Md Mahyudin Ismail @ Bro Deen bersama lebih kurang 125 buah motosikal Retro menuju ke Pantai Morib. Perjalanan mereka bergerak pada hari Jumaat 28 April jam 10.00 pagi dan sampai di bandar Nilai pada 4.00 petang. Sebuah motosikal mengalami breakdown, tetapi semangat setiakawan membolehkan motosikal rosak dibaiki sehingga sampai ke homestay Morib sebelum isyak.

Salah seorang rider yang mengembara secara solo ke acara ini ialah En Ishak Osman @ Mac Gavyer Segamat yang menunggang sebuah Yamaha RXZ berumur 53 tahun. Sepanjang perjalanannya, En Ishak sering menghulurkan bantuan kalau berjumpa sesiapa yang memerlukannya, contohnya memotong kayu, mesin rumput atau apa jua yang dia mampu tolong. Perjalanannya bermula pada 17hb Mac dari Segamat, Johor ke Bukit Bendera di Pulau Pinang sebelum ke Pantai Morib.

Geng Retro Kayang dari Perlis.
Geng Retro Kayang dari Perlis.
Puan Liza @ LadyLiz, wanita tunggal yang menunggang Suzuki Katana dalam Malaysia.
Puan Liza @ LadyLiz, wanita tunggal yang menunggang Suzuki Katana dalam Malaysia.

Puan Liza @ LadyLiz, wanita tunggal yang menunggang Suzuki Katana dalam Malaysia, yang dulu dimiliki oleh arwah bapak mertuanya Mohd Said Hj Mustafa yang juga dikenali di kalangan pengemar retro. Pada tahun 1992, Suzuki Katana ini diserahkan kepada Mohd Azhari, suami Liza. Pada tahun 2013 Mohd Azhari pula menyerahkan motor ini kepada isteri tercintanya Puan Liza yang memang meminati motosikal berkuasa tinggi.

Tia, satu-satunya wanita tunggal yang menunggang bersama rakan-rakannya dari Paka Retro Group, Terengganu. Beliau memenangi kategori wanita rider motosikal retro yang paling jauh.

Johor Retro Club (JRC).

Bergambar beramai-ramai buat kenangan.
Bergambar beramai-ramai buat kenangan.

Selain daripada peminat dan pengemar Retro, ada pula seperti En Lim Kee Seong berasal dari Penang yang merupakan seorang kolektor motosikal Retro. Berumur 56 tahun, kini menetap lebih kurang satu kilometer dari Dataran Morib, En Lim yang sudah mempunyai enam buah motosikal retro menganggap acara ini satu peluang terbaik untuk menambah koleksinya. RR

Oleh : NZ York

Isu Pada

Julai 2017

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Triumph Street Triple 765 RX: Gabungan Kuasa, Prestasi & Teknologi

Kalau kita bercerita tentang jentera jalanan atau Streetbike kelas pertengahan yang betul-betul seimbang dari segi power, pengendalian dan feel tunggangan, Triumph Street Triple 765 adalah antara yang paling cemerlang.

Warta Roda

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (MODENAS) dan GIATMARA Malaysia jalinkan kerjasama dengan melancarkan MODENAS Service Plus di GIATMARA Prima Melor, Kelantan.

Dari Litar

MotoGP Malaysia Kekal Di Sepang Hingga 2031

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan MotoGP Malaysia akan terus dianjurkan selama lima tahun lagi.

Model Baru

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Sah! Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan melancarkan model supersport yang telah tular di seluruh dunia iaitu ZXMOTO 820RR.