Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Ogos 2020

Jom Pusing Selangor!

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah membenarkan percutian dalam negara dengan pematuhan SOP yang diwajibkan. Pihak Tourism Selangor khususnya tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan negeri tersebut dengan mengajak kita semua menikmati pelbagai pengalaman manis di beberapa buah daerah. Kita diajak untuk ‘Pusing Selangor Dulu’.

Ini amat bertepatan dengan komitmen yang diusahakan oleh pihak kerajaan untuk melindungi komuniti pengusaha sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. Menerusi pelaksanaan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), mereka yang terjejas akan diberikan:

Taman Tasik Cyberjaya
Taman Tasik Cyberjaya

1. Penangguhan bayaran ansuran ke atas anggaran cukai dilanjutkan tempoh penangguhan selama 3 bulan lagi mulai 1 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020.

2. Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bagi tempoh mulai 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021.

3. Pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan yang disediakan oleh pengendali premis penginapan dilanjutkan mulai 1 September 2020 hingga 30 Jun 2021.

4. Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 yang telah diberikan ke atas perbelanjaan melancong dalam negara dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Restoran HM Sri Bagan.
Restoran HM Sri Bagan.

Sebagai permulaan, ayuh kita terokai apa yang boleh dilakukan di daerah Sepang yang sememangnya terkenal di seantero dunia sebagai destinasi penganjuran perlumbaan kereta dan motosikal yang bertaraf dunia. Selain itu, daerah Sepang mempunyai lebih daripada 190,889 populasi yang berpesat di Bandar Baru Salak Tinggi. Sepang juga merupakan menjadi laluan keluar masuk utama negara menerusi dua buah lapangan terbang antarabangsa, KLIA dan KLIA2.

Antara tempat menarik di Sepang ialah:

1. Taman Tasik Cyberjaya yang terdapat beberapa trek larian terbaik. Sesuai untuk setiap warga melakukan pelbagai aktiviti riadah disamping menikmati persekitaran yang menenangkan dan udara yang segar.

2. Restoran Adik Abang yang menyediakan pelbagai juadah sarapan Malaysia. Jika ke sini, anda disyorkan untuk mencuba Lontong, Nasi Lemak dan Roti Canai yang cukup popular dan lazat.

Juadah di Restoran Adik Abang.
Juadah di Restoran Adik Abang.
Mangrove Tour.
Mangrove Tour.

3. Litar Antarabangsa Sepang pula membolehkan anda melawat ke seluruh kawasan litar dan anda boleh menambah pengetahuan mengenai industri sukan permotoran! Ini merangkumi lawatan ke Grandstand, Race Control Room, Perdana Suite, Muzium Automobil dan banyak lagi!

4. Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh yang beroperasi di Kampung Salak Tinggi memang cukup terkenal khususnya di waktu tengah hari! Jangan tunggu lagi, jom ke sana!

5. Jangan ketinggalan ke Mangrove Tour yang juga dikenali sebagai Taman Tema Aqua – Pertama dan Terbesar di Malaysia. Aqua X menawarkan pelbagai jenis aktiviti menyeronokkan seperti Pakej Mangrove Tour (pelayaran ke kawasan hutan yang penuh dengan pemandangan indah dan bunyi burung eksotik di sekitarnya).

6. Ladang Buah Naga terletak di Bagan Lalang yang turut menempatkan sebuah kafe yang menawarkan menu istimewa iaitu Roti King Kong, jus buah naga segar dan kentang tumbuk yang disajikan dengan kuah buah naga.

Ladang Buah Naga.
Ladang Buah Naga.

7. Mitsui Outlet merupakan sebuah pasaraya terkemuka yang memiliki kemeriahan dan kepelbagaian barangan berjenama dan mewah yang boleh dimiliki pada harga yang berpatutan.

8. Tamarind Square Cyberjaya pula terkenal sebagai lokasi Instagram-worthy dan tempat pilihan mereka yang sukakan aktiviti riadah seperti Zumba Fitness, Pound Fitness, Yoga dan aktiviti Piloxing! Terdapat pasar malam yang berkonsepkan urban yang diadakan pada hari Rabu ke-2 dan ke-4. Jika berkunjung ke situ pada hari Sabtu terakhir setiap bulan, jangan lepaskan peluang bersama-sama memeriahkan acara hiburan yang dipanggil Lepaq.

Tamarind Square.
Tamarind Square.

Berehatlah seketika dan bersantai di Book Barter Café yang berkonsepkan kedai buku. Selain menawarkan persekitaran yang menenangkan, kafe ini popular dengan menu Japanese Cottony Cheesecake dan kopi flat-white.

Book Barter.
Book Barter.

9. Restoran HM Sri Bagan Sepang adalah pilihan terbaik untuk makan malam bersama keluarga atau rakan-rakan tercinta. Bunyi ombak dan udara yang sejuk pasti akan mengubahkan mood agar lebih tenang. Menu wajib yang mesti dicuba ialah Ikan Tilapia Bakar, Ikan Siakap Steam dan Sambal Udang Petai.

Mitsui Outlet.
Mitsui Outlet.

Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel. RR

Gambar: Tourism Selangor

Isu Pada

Ogos 2020

Popular

  • Warta Roda

    GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

  • Warta Roda

    Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

  • Pandu Uji

    Clutchless....Stressless.. Honda CBR650R & CB650R E-Clutch Memang Best!

  • Dari Litar

    Ujian Rasmi Litar Aragon: Hasil Positif Untuk Pasukan Honda HRC Castrol

  • Dari Litar

    SAH! Juara WSBK, Toprak Razgatliolu Tanda Tangan Kontrak Dengan Yamaha

Artikel berkaitan

GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

Dua Gadis Meninggal Dunia Dirempuh Lelaki Disyaki Pengedar Dadah

Kemalangan Dengan Sebuah Kereta, Penungang Motosikal Jatuh Gaung

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam nahas kemalangan bas awal pagi tadi

15 Disahkan Maut, Bas Bawa Pelajar UPSI Kemalangan

Dua Pelajar Maut, Nahas Motosikal dan Kereta

Empat motosikal bergesel sesama sendiri, seorang maut

KOVE 625X Tampil Di 137th Canton Fair

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

GLOBAL: Haojue GSX500 - Kemas dan Cantik

Sebagai nama baru dalam dunia motosikal khususnya di China, Haojue Motorcycles dikatakan akan memperkenalkan model sport terbaru iaitu GSX500 untuk lebih mendapat sambutan

Warta Roda

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam nahas kemalangan bas awal pagi tadi

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam nahas kemalangan bas yang berlaku di Gerik pada awal pagi tadi.

Model Baru

Yamaha Tracer 7 & Tracer 7 GT: Prestasi 'Sport Touring' Era Baru

Yamaha TRACER 7 dan TRACER 7 GT 2025 hadir untuk memberikan takrif baru untuk segmen Sport Touring 'kelas pertengahan dengan menampilan wajah baharu yang lebih garang dan diberikan pelbagai peningkatan teknologi menarik bagi memastikan.

Kembara

Loop 700km Kembara Jakarta Bandung Indonesia

Berpegangkan tema di mana bumi di pijak di situ kami ride kali ini, trip seterusnya adalah ke Pulau Jawa, Indonesia di mana targetnya adalah Loop Jakarta – Bandung sejauh 700km.