☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Oktober 2017

Promosi hebat di Chear Motor!

Demi kepuasan para pelanggan, Chear Motor Sdn Bhd menawarkan pelbagai promosi sangat menarik untuk jentera MV Agusta, pakaian menunggang dan aksesori motosikal yang hanya boleh didapati jika anda berkunjung ke ibu pejabat mereka di Klang atau di Chear Motor cawangan Shah Alam.


Antara model-model yang menerima potongan harga hebat ialah MV Agusta F3 800 2017 yang kini hanya berharga RM73,500 berserta tawaran hebat sistem ekzos (harga asal model ini ialah RM104,390). Model MV Agusta Brutale 800 2016/2017 kini dijual pada harga RM53,800 dan percuma ekzos jenis slip-on (harga asal RM82,450). Jika harga asal RM93,810 untuk sebuah MV Agusta Brutale Dragster 800 2016/2017 dirasakan tinggi, harga promosi yang ditawarkan kini hanya RM76,500 dan percuma sehelai jaket menunggang CMC.


Model MV Agusta F3 800 Ago berharga RM98,500 dan percuma sehelai jaket menunggang CMC (harga asal RM146,810). Model pengembaraan iaitu MV Agusta Stradale dan Turismo Veloce turut mendapat potongan harga yang cukup tinggi. Harga asal bagi model Stradale 800 ialah RM95,930 tetapi kini dikurangkan sehingga RM64,500 dan percuma sehelai jaket CMC dan beg sisi. Manakala harga selepas promosi untuk model Turismo Veloce ialah RM75,500 dan percuma jaket CMC (harga asal RM106,848). 


Bagi para pelanggan yang ingin mencari aksesori menunggang, topi keledar pelbagai jenama, pakaian menunggang serta produk-produk hebat dari jenama SIDI, Spidi, GIVI, Ixon dan lain-lain turut menerima potongan harga daripada 15% hingga 30%. Ada juga beberapa barangan terpilih yang ditawarkan dengan diskaun sehingga 50% dan promosi ini terhad selagi stok masih ada sahaja.


Chear Motor cawangan Shah Alam juga kini telah dilengkapi dengan pusat Dyno khusus untuk mereka yang ingin mendapatkan talaan terbaik untuk motosikal masing-masing. Dengan adanya perkhidmatan ini, sistem pengurusan enjin jentera kita akan dapat dilihat, dinilai, ditala dan dipermantapkan.


Jadi apa tunggu lagi? Jom kita ke sana dan pilih sendiri apa sahaja yang dihajati! Chear Motor (H.Q) terletak di No.27 Jalan Landasan, Off Jalan Bukit Kuda, 41300 Klang, Selangor. Tel: 03-3341 4593. Chear Motor (Shah Alam) pula terletak di alamat No.42A Jalan 15/22, Taman Perindustrian Tiong Nam, Sek 15, 40200 Shah Alam, Selangor. Tel: 03-5523 2725. RR

Isu Pada

Oktober 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.