☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Disember 2017

Yamaha NVX Edisi GP & Yamaha NMAX Warna Baru

Sebagai pengeluar motosikal yang sentiasa mengutamakan prestasi, inovasi dan gaya, Yamaha sentiasa berusaha dengan bijak untuk mempamerkan kehebatan produk-produknya dan platform terbaik tentulah menerusi perlumbaan MotoGP.

Dengan itu, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan model skuter NVX Edisi GP dengan warna dan rekacorak grafik perlumbaan serba baru. Harganya RM600 lebih tinggi berbanding harga biasa (tidak termasuk GST).


NVX 155 menjadi pilihan para pencinta skuter kerana bentuknya yang sporty dan kemantapan kuasa pecutannya. Bersesaran 155cc, enjin model ini menawarkan kuasa setinggi 11.0kW pada 8,000rpm dan tork 13.8Nm pada 6,250rpm. Dengan penggunaan sistem suntikan bahan api, NVX bukan sahaja pantas tetapi juga menjimatkan.

Manakala, model automatik paling laris iaitu Yamaha NMAX 155 telah diberi warna serba baru. Ia bertujuan untuk mencipta keseronokan penampilan yang sporty dan memberikan rupa yang lebih segar.

NMAX
NMAX


NMAX 155 baru kini berwarna hitam dan biru pada harga yang masih sama iaitu RM8,913.54 (harga asas termasuk GST, tanpa insurans dan pendaftaran). NMAX sememangnya cukup berkuasa, selesa dan mudah dikendalikan. Dengan spesifikasi yang mantap, ia kini turut digunakan sebagai jentera pengembaraan ke pelbagai destinasi di dalam dan luar negeri.

NMAX bersesaran 155cc mempunyai kuasa 11.1kW pada 8,000rpm dan tork 14.1Nm pada 6,000rpm. Untuk cemerlang di semua jenis jalanan, Yamaha telah menyempurnakan model ini dengan sistem brek cakera di hadapan dan belakang. RR

Isu Pada

Disember 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).