Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Disember 2017

Honda Asian Journey 2017 (HAJ 2017)

Kumpulan Honda dari negara-negara ASEAN telah berjaya merentasi perjalanan sejauh 570 kilometer di semenanjung negara bermula pada 26 Oktober dan berakhir di Malaysian Motorcycle Grand Prix (MotoGP) Sepang pada 29 Oktober 2017. Ini adalah tahun kedua konvoi diadakan dan kali ini disertai seramai 50 orang wartawan, pemilik dan pengedar motosikal Honda yang terpilih dari lima buah negara iaitu Indonesia, Vietnam, Filipina, India dan Malaysia.

Para VIP Honda dari lima buah negara ASEAN bergambar bersama Marc Marquez (Juara MotoGP 2017) dan Dani Pedrosa.
Syarikat-syarikat Honda yang menyertai HAJ 2017 terdiri daripada Asian Honda Motor Co., Ltd., (regional headquarters for Honda Asia & Oceania region), Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (Malaysia), PT Astra Honda Motor (Indonesia), Honda Vietnam Co., Ltd., Honda Philippines Inc. dan Honda Motorcycle and Scooter India Pvt., Ltd.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH, En. Nobuhide Nagata bergambar penuh bergaya di hadapan para peserta konvoy HAJ.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH, En. Nobuhide Nagata bergambar penuh bergaya di hadapan para peserta konvoy HAJ.


Perjalanan bermula di Litar Melaka dan di sini juga pihak Honda telah mengatur pelbagai aktiviti menarik buat para peserta. Acara pada hari itu dimulakan dengan latihan tunggangan keselamatan yang amat penting untuk para peserta agar perjalanan selama empat hari berjalan dengan lancar dan selamat.

Perlepasan acara HAJ di majlis yang cukup meriah.
Perlepasan acara HAJ di majlis yang cukup meriah.


Para peserta juga berpeluang menunggang uji beberapa buah jentera Honda yang bakal digunakan dalam HAJ di litar yang terdiri daripada CB500, CBR650R, CBR1000RR, X-ADV, VFR1200X, Africa Twin dan Goldwing. Acara kemuncak dan paling ditunggu-tunggu oleh para peserta ialah peluang menikmati jentera terulung iaitu Honda RC213V-S, sebuah jentera berasaskan model perlumbaan MotoGP milik Marc Marquez ketika memenangi kejuaraan dunia pada tahun 2013 dan 2014.

Jentera Honda RC213V-S yang disediakan untuk dinikmati oleh para peserta HAJ.
Jentera Honda RC213V-S yang disediakan untuk dinikmati oleh para peserta HAJ.


Suasana meriah di ruang promosi Honda di Litar Antarabangsa Sepang.
Suasana meriah di ruang promosi Honda di Litar Antarabangsa Sepang.


Sebanyak lapan buah model RC213V-S telah disediakan secara eksklusif buat para peserta HAJ dan lebih mengujakan apabila para peserta turut berpeluang menunggang bersama pelumba sensasi Honda, Mohd Zaqhwan Zaidi. Hari pertama disempurnakan dengan perjalanan sekitar lokasi pelancongan terkenal di negeri Melaka.

Bergambar kenangan bersama para pelumba MotoGP.
Bergambar kenangan bersama para pelumba MotoGP.


Pada 27 Oktober, HAJ diteruskan dengan perjalanan cukup mantap dari Melaka menuju ke Bandar Bukit Tinggi dan kemudiannya mendaki kawasan pelancongan tanah tinggi, Genting Highlands yang berketinggian 1,700 meter dari paras laut. Perjalanan hari itu bukan sahaja mengujakan para peserta dengan kedinginan kawasan yang dilawati tetapi juga jalan-jalan berselekoh ketika mendaki.

Laluan berbukit di Genting Highlands yang nyaman dan menyegarkan.
Laluan berbukit di Genting Highlands yang nyaman dan menyegarkan.


Sememangnya satu pengalaman hebat menunggang jentera replika MotoGP, RC213V-S.
Sememangnya satu pengalaman hebat menunggang jentera replika MotoGP, RC213V-S.



28 Oktober 2017: Para peserta HAJ meninggalkan Genting Highlands untuk ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) demi memberi sokongan kepada para pelumba Honda khususnya yang beraksi dalam sesi kelayakan pada hari tersebut. Masing-masing turut mengambil peluang bergambar kenangan dan mengunjungi khemah-khemah promosi untuk membeli cenderahati istimewa MotoGP Malaysia 2017. Dari SIC, HAJ meneruskan perjalanan ke kotaraya Kuala Lumpur untuk bersiap ke majlis makan malam gala.

Marc Marquez (bertopi) dan Dani Pedrosa (kiri sekali) menerima cenderahati daripada pihak Honda.
Setelah puas bermotor, para peserta ke Hotel Sama-Sama, KLIA dengan menaiki bas. Majlis makan malam itu dimeriahkan dengan kehadiran eksklusif para pelumba pasukan Repsol Honda iaitu Marc Marquez dan Dani Pedrosa serta pelumba-pelumba pasukan Idemitsu Honda Team Asia iaitu Khairul Idham Pawi dan Takaaki Nakagami.

Ayuh sokong para pelumba Honda dalam MotoGP, Moto2 & Moto3!!
Ayuh sokong para pelumba Honda dalam MotoGP, Moto2 & Moto3!!


29 Oktober 2017: Aktiviti terakhir HAJ 2017 ialah konvoi ke SIC yang turut disertai oleh ratusan para pemilik Honda dari Malaysia. Semestinya khemah promosi Honda menjadi 'pitstop' utama para peserta untuk melihat pelbagai jentera baru, jentera lumba dan mencuba permainan perlumbaan motosikal virtual reality.

Semua sudah bersedia
Semua sudah bersedia


Keadaan di litar pula meriah dengan sorakan para peserta buat Marquez dan Dani yang ketika itu sedang berentap hebat dengan para pelumba lain. Marc Marquez dan Dani Pedrosa menamatkan cabaran mereka di Malaysia masing-masing di posisi keempat dan kelima.


Dengan jarak perjalanan sejauh 570 kilometer di pelbagai lokasi menarik, HAJ 2017 semestinya memberikan satu pengalaman menarik yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh para peserta khususnya dari luar negara. Rata-ratanya berharap agar pihak Honda akan terus menganjurkan HAJ di masa akan datang. Mungkin ke Litar Antarabangsa Chang, Thailand untuk MotoGP 2018? RR
 

Isu Pada

Disember 2017

Popular

  • Warta Roda

    WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

  • Warta Roda

    Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

  • Warta Roda

    Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

  • Berita Kelab

    Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

  • Dari Litar

    Hakim Danish Kutip Mata Berharga Walaupun Berdepan Cabaran di Sachsenring

Artikel berkaitan

WMOTO Griffin 205 Sudah Berada di Pusat Pengedar Mforce Smartshop

Art of Speed 2026: 15 Tahun Menyatukan Jiwa Kustom

Honda ADV160 Edisi Terhad Versi Spider-Man Dilancarkan - Bermula RM14,149

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

MODENAS & GIATMARA Bekerjasama Dengan Melancarkan Pusat Servis Motosikal Elektrik

Advenduro-X Meriahkan Moto Test Fest 2026

Yamaha Y15ZR 2026 Bagi Varian Standard & SE Terima Warna Baharu

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) telah melancarkan Sprinta Ladies.

Warta Roda

Empat Penunggang Maut Dalam Kemalangan Membabitkan Motosikal Dan Kereta

Empat penunggang maut manakala yang lain cedera dalan kemalangan antara beberapa motosikal dan sebuah kereta di LPT.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027: Lebih Agresif....Kawalan Lebih Cekap

Bagi penunggang yang mahukan sebuah naked bike berprestasi tinggi dengan elektronik lengkap dan pengendalian yang menyeronokkan, KTM 790 Duke baru ini mungkin antara pilihan terbaik. Tepuk dada tanya selera!

Warta Roda

Model Viral, ZXMOTO 820RR Bakal Dilancarkan Di Malaysia. Harga bawah RM40,000

Sah! Mforce Bike Holdings Sdn Bhd akan melancarkan model supersport yang telah tular di seluruh dunia iaitu ZXMOTO 820RR.