☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Mei 2016

Ride Community Policing Konvoi Jelajah Johor

Awal tahun ini, bertempat di hadapan Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, satu pelancaran Program Community Policing Konvoi Bermotosikal Jelajah Johor 2016 telah dianjurkan. Tepat jam 8.00 pagi pelepasan konvoi berjaya disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Muar, Assistant Commissioner Azman Ayob.

Konvoi ini diketuai oleh Ketua Trafik Daerah Muar, ASP Suhaimi Bin Hj. Ahmad dan disertai oleh pegawai-pegawai dari Maktab Teknik PDRM Bakri Muar. Selain daripada itu, seramai 30 orang peserta yang lain terdiri daripada anggota polis dan kakitangan awam daripada kumpulan SOUTHERN CBX. Uniknya konvoi kali ini ialah kesemua peserta konvoi menunggang motosikal jenama HONDA CBX750.

Program konvoi selama dua hari bermula dari IPD Muar dan telah membuat kunjungan hormat Ketua Trafik seluruh negeri Johor bagi mengeratkan lagi hubungan antara ketua-ketua trafik dan orang awam. Pada hari pertama, konvoi ini telah singgah di Balai Trafik Daerah Batu Pahat, Pontian, Johor Bharu Tengah dan Kota Tinggi. Rombongan konvoi juga sempat singgah bersolat jumaat di Masjid Sultan Ismail UTM Skudai. Di sana telah diadakan majlis ringkas iaitu penyampaian sumbangan peribadi daripada ASP Suhaimi bin Hj. Ahmad dan juga peserta konvoi. Sumbangan disampaikan terus kepada imam masjid bertujuan membantu pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan di UTM.

Kira-kira jam 7.00 malam, konvoi telah selamat sampai di tempat penginapan iaitu di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara Desaru. Aktiviti pada malam tersebut cukup meriah dengan acara BBQ dan karaoke santai memandangkan peserta agak keletihan setelah mengharungi perjalanan hampir 500 kilometer.

Sabtu, hari kedua: Selesai sarapan pagi, semua peserta berkumpul untuk senaman ringan dan taklimat konvoi. Perjalanan pada hari ini agak mencabar kerana terpaksa melalui jalan yang berselekoh dan sempit. Kira-kira jam 11.00 pagi rombongan konvoi telah selamat sampai ke persinggahan pertama Balai Trafik Daerah Mersing dan disambut oleh Ketua Trafiknya dan jamuan istimewa nasi dagang.

Berikutnya rombongan konvoi meneruskan perjalanan ke Pejabat Trafik Daerah Kluang, Segamat, Tangkak dan berakhir dengan acara penutup dan penyampaian sijil penyertaan.

Selepas dua hari program, konvoi berjaya mencatat jarak perjalanan lebih kurang 1,000km. Program Community Policing bertujuan memberi kesedaran kepada pengguna jalanraya tentang kepentingan mengutamakan keselamatan di jalanraya, penjagaan kenderaan seperti motosikal dan cara penunggangan yang selamat dan berhemah.

Terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program konvoi kali ini terutama Urusetia Southern CBX Group. Mudah-mudahan tahun 2017 nanti kita jelajah Malaysia pula.RR

Oleh : Zakaria Saad ( Southern CBX Group )

Isu Pada

Mei 2016

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.