☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 September 2020

Tambahan 5,000 Unit SYM VF3i 185 LE (Edisi Terhad)

Sejak dilancarkan pada bulan Mei yang lalu, SYM VF3i 185 LE telah menerima tempahan dan mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pengguna dua roda. Jentera ini merupakan model moped yang pertama di Malaysia menggunakan sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Selain itu terdapat juga beberapa bahagian yang dinaik taraf pada bahagian enjin untuk tunggangan yang lebih optimum.

“Kami telah menerima jumlah tempahan hampir 10,000 unit sehingga ke hari ini. Sebelum ini, VF3i 185 LE hanya dikeluarkan sebanyak 5,000 unit sahaja. Atas permintaan peminat-peminat VF3i dan para pengedar di seluruh Malaysia, pihak MForce Bike telah membuat keputusan untuk menambah lagi unit pengeluaran jentera ini kepada 10,000 unit sehingga bulan December 2020,” kata Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn Bhd, En. Asri Ahmad.

SYM VF3i 185 LE ditawarkan pada harga RM9,338 (tanpa insurans dan cukai jalan). Dengan pembelian model ini, para pemilik akan menikmati waranti kilang selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) serta perkhidmatan Pembelian Alat Ganti Tulen Atas Talian oleh MForce Bike Holdings Sdn Bhd. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.