Pada tanggal 27 Mac lalu, Shell Malaysia telah melancarkan kempen keselamatan jalan raya atau #ShellSelamatSampai yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya khususnya kepentingan memandu dan menunggang dengan selamat. Usaha murni ini turut menerima sokongan penuh daripada Kementerian Pengangkutan dan MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research) yang sentiasa mempunyai rancangan terbaik untuk mengurangkan kadar kemalangan yang semakin membimbangkan.
Buat julung-julung kalinya Kedah Riders Club, telah menganjurkan acara Kedah International Motor Fest 2016 pada awal tahun ini di Dataran Tasek Darulaman Jitra, Kedah. Menurut En. Hatta Yahya Pengerusi KRC, acara ini diadakan bagi mewujudkan fenomena baru dalam sukan permotoran di Negeri Kedah sempena Discover Kedah 2016. Acara ini juga melibatkan kenderaan empat dan dua roda seperti kereta klasik, 4 x 4, motosikal klasik, retro, custom, Vespa, Lambretta, motard dan pelbagai jenis motosikal model baru.
Model sport berkuasa sederhana Yamaha, R25 merupakan antara model paling popular di Malaysia sejak ia diperkenalkan pada tahun 2015 lalu. Untuk terus mendominasi pasaran, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah memperkenalkan skima warna terbaru yang pastinya menambat hati para pencinta motosikal di seluruh negara.
Model konsep terbaru Yamaha, 04GEN telah dipertontonkan di Pameran Motosikal Vietnam pada awal April lalu. Menurut Yamaha Motor Co., Ltd, jentera istimewa ini direka berkonsep RUN-WAY yang berinspirasikan kelembutan dan keanggunan seorang wanita. Model unik ini ternyata mempamerkan kehebatan kejuruteraan Yamaha dalam pembikinan sebuah mesin dua roda yang menawarkan rekabentuk luaran dan dalaman yang unggul.
Berita gembira buat pengguna produk Shell. Dengan pembelian satu pek liter mana-mana minyak enjin motosikal sintetik penuh Shell Advance Ultra iaitu Shell Advance VSX, AX5, AX5 Scooter atau AX7 bermula pada 1 April hingga 30 Jun nanti, anda mungkin berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat dan lumayan daripada Shell dan GIVI.
Awal tahun ini, bertempat di hadapan Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, satu pelancaran Program Community Policing Konvoi Bermotosikal Jelajah Johor 2016 telah dianjurkan. Tepat jam 8.00 pagi pelepasan konvoi berjaya disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Muar, Assistant Commissioner Azman Ayob.
Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) telah menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya pada 28 Januari lalu dengan tujuan untuk memberikan pendedahan khususnya kepada pengguna motosikal betapa pentingnya tunggangan yang berhemah sewaktu berada di jalan raya.