☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Januari 2017

HONDA ASIAN JOURNEY 600 Kilometer Dengan Jentera Honda

Kumpulan Honda dari seluruh negara Asean telah menganjurkan buat pertama kalinya 'Honda Asian Journey' atau HAJ, perjalanan sejauh 600 kilometer dari Sadao, Thailand ke litar Antarabangsa Sepang, Malaysia. Sebanyak 30 buah motosikal yang melibatkan jentera-jentera Honda berkuasa tinggi seperti CB500F, CB500X, CB650F, CB1100EX, CBR500R, CBR650F, CBR1000RR, CTX700N, CTX1300, F6B, F6C, Goldwing GL1800, NC700, NC750, VFR1200 dan Africa Twin CRF1000L dapat diuji dalam perjalanan ini.

Konvoi terdiri daripada 50 orang wartawan, penunggang motosikal dan para pengedar Honda yang dipilih khas dari Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam. Mereka diberi peluang untuk merasai sendiri prestasi dan kehebatan jentera Honda sambil menuju ke destinasi terakhir untuk menyaksikan perlumbaan MotoGP di Sepang.

Majlis makan malam yang dihadiri oleh dua pelumba Repsol Honda iaitu Hiroshi Aoyama (kiri) dan Marc Marquez. Kedua-duanya berbaju biru gelap.

Lima syarikat Honda dari negara Asean iaitu Asian Honda Motor Co., Ltd, (regional headquarters of Honda in Asia & Oceania), A.P. Honda Co. Ltd. di Thailand, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. di Malaysia, PT Astra Honda Motor di Indonesia dan Honda Vietnam Co., Ltd telah bekerjasama demi menjayakan program yang cukup hebat ini.

Program penuh HAJ ini bermula di Thailand pada 26 Oktober lalu. Para peserta telah diberi peluang untuk menghadiri kursus keselamatan menunggang motosikal yang diadakan di Honda Safety Riding Park, Phuket. Keesokan harinya, para peserta dibawa ke Hatyai dan kemudian ke Sadao dengan menaiki van. Di Sadao barulah para peserta diberi pilihan untuk menunggang jentera-jentera Honda mengikut keserasian dan keselesaan masing-masing. Perjalanan hari kedua tamat di Pulau Pinang.

Konvoi HAJ menerima sambutan cukup meriah ketika tiba di kilang Boon Siew Honda Sdn Bhd di Batu Kawan.
Konvoi HAJ menerima sambutan cukup meriah ketika tiba di kilang Boon Siew Honda Sdn Bhd di Batu Kawan.

28 Oktober 2016. Untuk memberikan satu pengalaman menarik, pihak Boon Siew Honda telah menjemput kesemua para peserta ke kilang mereka di Batu Kawan untuk bersama para pelumba Honda yang berlumba di kejohanan tempatan dan Asia. Mini Cub Prix telah diadakan untuk menunjukkan kemahiran para pelumba Honda beraksi di dalam litar perlumbaan. Selepas dua jam di kilang BSH, pengembaraan HAJ diteruskan.Tunggangan cukup berdisiplin yang telah ditunjukkan oleh para peserta HAJ bukan sahaja membanggakan tetapi memudahkan perjalanan pada hari ketiga ke Hotel Pullman, Kuala Lumpur.

29 Oktober 2016. Perjalanan lebih singkat tetapi lebih mengujakan di mana para peserta HAJ berkunjung ke litar. Selain dapat melihat para pelumba membuat persiapan terakhir sebelum perlumbaan, kesempatan ini juga diambil oleh mereka untuk melawat tapak promosi.

Sudah pasti tapak promosi Honda menjadi tumpuan utama. Untuk ‘pesta’ MotoGP tahun 2016, khemah Honda diserikan dan diperhebatkan dengan model-model terbaru seperti CBR1000RR Fireblade, CBR1000RR SP Fireblade, CBR250RR dan jentera replika MotoGP street-legal iaitu Honda RC213V-S.

Jentera-jentera berkuasa tinggi Honda memang cukup mudah untuk dikendalikan.
Jentera-jentera berkuasa tinggi Honda memang cukup mudah untuk dikendalikan.
Para peserta bersiap sedia untuk menguji tahap tunggangan di Honda Safety Riding Park, Phuket.
Para peserta bersiap sedia untuk menguji tahap tunggangan di Honda Safety Riding Park, Phuket.

Barisan model lain dari pelbagai segmen turut dipamerkan untuk tatapan para pengunjung.

Program tidak berakhir di situ. Konvoi kemudiannya bertandang ke Hotel Sama-Sama untuk menyempurnakan majlis makan malam istimewa yang turut disertai oleh para pelumba Honda seperti Marc Marquez (MotoGP), Hiroshi Aoyama (MotoGP), Rattapark Wilairot (Moto2), Khairul Idham Pawi (Moto3) dan Hiroki Ono (Moto3). Sememangnya bertemu dan beramah mesra dengan para pelumba kegemaran adalah satu pengalaman yang cukup manis buat para peserta HAJ untuk disimpan dalam kenangan.

Bergambar kenangan bersama para pelumba di mini cub prix Honda.
Bergambar kenangan bersama para pelumba di mini cub prix Honda.
Sokongan hebat diberi kepada para pelumba Honda di MotoGP Sepang.
Sokongan hebat diberi kepada para pelumba Honda di MotoGP Sepang.

30 Oktober 2016: Program bersejarah ini sudah hampir ke penghujungnya. Pagi itu, satu konvoi istimewa ke Shell Malaysia MotoGP 2016 di SIC yang telah dianjurkan oleh pihak Honda. Lebih mengujakan apabila ia turut disertai oleh para penunggang tempatan yang dianggarkan berjumlah sekitar 500 buah motosikal Honda. Ini juga peluang terbaik buat para peserta HAJ terutamanya dari Thailand dan Vietnam untuk berbual-bual dan bertukar-tukar pengalaman dengan pemilik Honda di Malaysia.

Kegembiraan dan kepuasan terpancar di wajah para peserta ditambah pula apabila pelumba Honda Asia, Khairul Idham Pawi menamatkan cabarannya pada hari itu di antara 10 pelumba terbaik. Semestinya HAJ adalah satu penganjuran yang cukup hebat dan merupakan satu langkah cukup bijak untuk terus memperkuatkan jenama ini di Malaysia seterusnya di rantau Asia. RR

Isu Pada

Januari 2017

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.