Dengan keluasan 13,000 kaki persegi, Yamaha Lifestyle Station merupakan pusat komunikasi terkini daripada HLYM bagi mempamerkan setiap produk keluarannya baru dan lama, memberikan keyakinan buat para pelanggan menerusi ruang servis lebih baik, pusat latihan korporat & pendidikan, berkongsikan kemerduan alat muzik Yamaha terkini dan ruang kafe yang menarik.
Demi menyokong usaha pasukan negara merebut pingat emas di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti, pengeluar rantai basikal dan motosikal, RK South Asia Sdn. Bhd. dengan bangganya telah menandatangani memorandum persefahaman bersama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sebagai penaja rasmi rantai basikal untuk pasukan negara.
Syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas) telah merasmikan Modenas Power Store iaitu sebuah pusat pameran yang menyediakan perkhidmatan 3S seperti Khidmat Jualan, Servis dan Alat Ganti khusus untuk pemilik model jalanan seperti Modenas Pulsar dan Dominar.
rt of Speed (AOS 2019) merupakan acara tempatan Ol-Skool dan Kustom Kulture Malaysia sekali lagi menempa kejayaan apabila berjaya merekodkan jumlah kehadiran yang mencecah 55,000 orang pengunjung di sepanjang penganjuran selama dua hari iaitu pada 27 dan 28 Julai yang lalu.