☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Oktober 2019

Kawasaki Ninja Shop Dibuka Di Klang

Tahniah buat Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) atas pelancaran Kawasaki Ninja Shop dan Kawasaki Exclusive Service Centre yang beroperasi di No. 2, Lintang Gelugor, Off Persiaran Sultan Ibrahim, 41300 Klang, Selangor. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif KMSB, En. Ahmad Faez Tan Sri Yahaya ditemani oleh Pengarah Urusan Wah Motor Superbikes. En. Lee Chee Hoong dan Pengarah Urusan KMSB, Dato' Jeffrey Lim.

Ruang pamerannya cukup luas dan telah direka dengan cukup anggun. Setiap jentera Kawasaki telah disusun dengan menarik. Kerjasama di antara KMSB dan Wah Motor Superbikes ini cukup berharga demi memberikan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan Kawasaki dan pencinta motosikal khususnya di daerah Klang. Selain menjual jentera-jentera terkini, Kawasaki Ninja Shop turut menawarkan pelbagai jenis aksesori, servis yang berkualiti dan alat ganti yang tulen.

Acara yang diadakan sempena Hari Kemerdekaan itu  turut dimeriahkan dengan kehadiran para pemilik jentera Kawasaki pelbagai model. Di samping dapat berkonvoi bersama-sama rakan taulan, para peserta konvoi turut membawa pulang pelbagai hadiah menarik menerusi acara cabutan bertuah. RR

Isu Pada

Oktober 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.