☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 November 2019

Yamaha YZF R-15 Edisi Monster

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah mengumumkan warna terbaru untuk model Yamaha YZF-R15 iaitu Race Blu, Kuning dan Hitam yang kini ternyata lebih segar dan menarik. Sememangnya model sport bersesaran 155cc ini telah mendapat permintaan yang tinggi oleh para pencinta motosikal di seluruh negara.

Selain memiliki bentuk yang mantap, R15 turut popular kerana menawarkan hantaran kuasa yang lancar. Dengan pengenalan kepada skema warna lebih segar, pastinya model ini terus mendapat kepercayaan daripada pengguna dua roda. Harganya ialah RM11,988 (tidak termasuk cukai jalan & insurans).

Bersempena penyertaan Yamaha dalam perlumbaan MotoGP tahun ini, HLYM turut memperkenalkan model YZF-R15 Edisi Monster yang memiliki rekaan grafik berinspirasikan daripada jentera pasukan Yamaha Factory Racing YZF-M1 seperti mana yang dimiliki oleh pelumba lagenda, Valentino Rossi dan Maverick Vinales untuk musim ini.

Yamaha YZF R15 didatangkan dengan enjin silinder tunggal, SOHC, sistem sejukan cecair dengan teknologi VVA yang menawarkan kuasa maksimum 14.2kW pada 10,000rpm dan tork 14.7Nm pada 8,500rpm. Untuk prestasi cemerlang di setiap perjalanan, jentera ini dilengkapkan dengan sistem transmisi 6-kelajuan bersama sistem klac jenis slipper & assist.

Model R15 Edisi Monster ini boleh dimiliki pada harga RM12,618 (tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran & insurans). Dengan setiap pembelian, para pemilik Yamaha YZF- R15 ini bukan sahaja layak menerima jaminan waranti selama dua tahun atau 20,000km tetapi juga jentera ini dilengkapi dengan sijil pemilik yang berserta nombor enjin dan casis. RR

Isu Pada

November 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).