☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Oktober 2019

RK South Asia Taja Pasukan Lumba Basikal Negara

Demi menyokong usaha pasukan negara merebut pingat emas di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti, pengeluar rantai basikal dan motosikal, RK South Asia Sdn. Bhd. dengan bangganya telah menandatangani memorandum persefahaman bersama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia  (PKBM) sebagai penaja rasmi rantai basikal untuk pasukan negara.

Majlis menandatangi memorandum tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Kilang Rantai Sdn Bhd, En. Lee Thian Chai dan Presiden Malaysian National Cycling Federation, Dato' Hj Abu Samah yang disaksikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Steven Sim Chee Keong.

Menerusi persefahaman ini, RK South Asia Sdn. Bhd. akan memberi penajaan seperti basikal dan set rantai untuk kegunaan para pelumba. Syarikat ini juga akan menyalurkan 50% daripada hasil jualan rantai basikal mereka ke dalam dana pasukan berbasikal negara. Dalam usaha ini, turut dirancangkan ialah penganjuran Fun Ride yang akan diadakan di empat buah destinasi di Malaysia. Semoga usaha murni RK South Asia Sdn. Bhd. akan menyemarakkan lagi semangat pasukan berbasikal negara untuk membawa pulang pingat emas buat Malaysia. RR

Isu Pada

Oktober 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.