☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 1 Julai 2021

Program Amal Club Antique Motor Kulim

Club Antique Motor Kulim telah menganjurkan program-program di bulan Ramadhan baru-baru ini. Ia melibatkan ahli-ahli untuk turun padang dalam program seperti penyerahan dana hasil dari kutipan orang ramai buat anak-anak Tahfiz, acara memasak bubur lambuk bersama ahli-ahli Masjid di pekan Kulim (Tuan Hj. Zulbakri Shuib) dan Program Pengedaran bubur lambuk di sekitar Bazar Ramadhan Kulim dan berkesempatan bersama PDRM Kulim dalam rentas negeri di SJR Kulim BKE Lunas sebagai pemerhati jarak jauh yang diketuai oleh Tuan Azhar Bin Hj. Hashim P/SUPT.

Dalam program tersebut kami sentiasa mengikut standard (SOP) Covid – 19 yang disarankan oleh KKM. Setiap ahli yang hadir di dalam program tersebut diwajibkan memakai topeng muka dan mengikut segala peraturan. Banyak pengalaman yang telah Club Antique Motor Kulim perolehi dalam program tersebut. Jika di masa akan datang pihak AJK kelab akan cuba buat yang lebih baik dari sekarang.

Club Antique Motor Kulim ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan President Club iaitu En. Abdul Razak Bin Buhari yang mengendalikan CAMK dengan terbaik sekali. Dan tak lupa juga kepada semua ahli-ahli CAMK yang sentiasa memberi kerjasama dalam setiap program yang dianjurkan.

Akhir sekali jom kita ramai-ramai ‘kita jaga kita’ untuk memutuskan rantaian penularan Covid19. Berkongsilah tentang harapan dan padangan anda berhubung pandemik ini kerana ia dapat membuka mata orang lain bahawa Covid19 bukan perkara main-main.

Terima kasih juga buat Kulim Media TV, Tuan Mohamad Azri Bin Abdul Rahman, PDRM (IPD) Kulim Kedah, seluruh Anggota PDRM Balai Polis Lunas, seluruh kakitangan Masjid Kulim, Ayam MM Sdn. Bhd. Untuk mengikuti kisah lanjut, anda semua boleh layari di FB kami “Club Antique motor Kulim”. RR

Isu Pada

Julai 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).