Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 19 Mac 2020

Ride Ulang Tahun Kembara All Rider Ke-3 Ke Cameron Highlands

Kami yang seramai 33 orang yang terdiri daripada 27 buah motosikal dan dua buah kereta bertolak ke Cameron Highlands pada pukul 11.00 malam. Terdapat juga rakan-rakan lain yang bertolak berasingan seperti dari JB (3 buah motor), Kelantan (10 buah motor), Klang + Sabak Bernam (17 buah motor), Bentong (6 buah motor) dan Terengganu (3 buah motor).

Baru je nak bergerak, sebuah motor tayar pancit. Sudahlah tayar jenis tiub dan besar pula tu. Penat jugalah nak buka tayar tu. Siap saja jam dah pukul 1.00 pagi. Kami kemudiannya ditimpa hujan dari Dengkil sampailah ke Rawang. Hujan bukan yang biasa-biasa, jenis lebat bukan main! Apa pun kami tetap kuatkan semangat untuk meneruskan perjalanan.

Salah seorang dari kami, motosikal KTM 200nya ada masalah. Bila diperiksa... sensor problem. Aduh sikit sahaja lagi nak sampai R&R Tapah, motornya terus tidak dapat dihidupkan! Kena 'towing' lah jawabnya! Kami akhirnya sampai di Tapah pada jam 5.00 pagi dan dapatlah berehat dan meregangkan otot-otot.

Dua jam kemudian kami bergerak ke Simpang Pulai untuk memperbaiki motosikal yang langsung tak boleh hidup. Bengkel buka pukul 10.00 pagi, tunggu lagi. Rakan-rakan dari Melaka bergerak menggunakan jalan Tapah dan pastinya akan sampai lebih awal dari kami. Horray! Nasib baiklah motosikal dapat dibetulkan. Okay perjalanan boleh disambung semula. Semua orang happy!

Pukul 11.30 pagi kami naik perlahan-lahan dan berjaya sampai dengan selamat sejam setengah kemudian. Badan memang penat sangat! Rakan-rakan dari Selangor dan JB juga sampai agak lewat. Ini kerana ada di antara mereka terpaksa menghadiri majlis kenduri dan ada juga yang mengalami sedikit masalah yang tak dapat dielakkan. Apa pun... paling penting semuanya selamat sampai.

Aktiviti pada hari itu bebas... ikutlah kehendak masing-masing. Ada yang pergi minum teh sambil menikmati cuaca yang segar dan ada juga yang ambil kesempatan bergambar kenangan. Di sebelah malam pula dimeriahkan dengan acara makan malam dan lucky draw. Gelak tawa menghilangkan segala kepenatan dan itulah tujuan utama setiap kali ride. Kekuatan ukhwah sesama rakan perlu sentiasa diperkukuhkan. Kami juga cukup gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan dari Kelantan yang sempat datang meluangkan masa.

Keesokan harinya kami meninggalkan homestay pada jam 12.00pm dan terus ke Brinchang untuk makan tengahari. Memang seronoklah dapat meluangkan masa dengan kawan-kawan. Borak... gelak.... kongsi pengalaman!

Dalam perjalanan balik, ada dua lagi motosikal rosak. No hal.... kami semua buat keputusan untuk siapkan kedua-duanya bersama-sama. Biar ini jadi kenangan manis buat semua suatu hari nanti. Sementara menunggu, ada yang sambung 'percutian' melawat tempat-tempat menarik di Cameron Highlands. Memang best!

Yes... motor siap! Jam sudah pukul 6.30 petang, kami semua bergerak balik. Kami (Kembara All Riders) dan Kembara Kapcai Bentong balik menggunakan laluan Sg. Koyan manakala yang lain ikut Tapah. Sempat juga kami singgah di ladang teh. Dalam perjalanan pulang ke Seremban, sekurang-kurangnya kami berhenti di dua lagi lokasi iaitu Tersang untuk makan malam dan di Bentong untuk berehat sambil pekena capteh.

Dengan semangat setiakawan dan disiplin yang tinggi, semua riders selamat sampai ke rumah masing-masing dan bertemu dengan yang tersayang. Terima kasih semua. “Korang memang terbaik!”

Antara rakan-rakan motor yang memberi sokongan ialah SRM (Melaka), GMC (Terengganu), SBMC (Terengganu), SBMC (Selangor), SWC (Kelantan), PSRM (Selangor), GSIX (JB), SMR (JB), Ayahcha (Perak), Kembara Kapcai Bentong (Pahang), ABEE (Tanjung Malim), GGS (Puncak Alam), NEB (Melaka) dan semua team Kembara All Riders. RR

- Qaseh

Isu Pada

Januari 2020

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Tahniah buat pelumba TAB SPORTS SCK HONDA RACING iaitu Md Helmi Azman menjuarai siangan CP150 Pusingan 5.

Warta Roda

MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

MODENAS melanjutkan lagi tempoh Program Z15GT Care di seluruh negara sehingga 31 Oktober 2026.

Warta Roda

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Benelli Malaysia memperkenalkan empat warna baharu untuk Benelli Panarea 125.

Model Baru

Yamaha Y16ZR-R Masuk Pasaran Negara - RM10,888