☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 10 Januari 2018

Konvoi Amal Kelab Honda RS150R

Kelab Permotoran Honda RS150R Hulu Langat Selangor (Hulu Langat Crew atau HLC) telah dijemput menghadiri ke Hari Bertemu Pelanggan Bersama CEO Lembaga Zakat Selangor dan Anak-anak Asnaf Negeri Selangor. Majlis yang diadakan di Lembaga Zakat Selangor (LZS) ini telah dirasmikan oleh Y.A.D Dato' Setia Hj Mohamad Adzib bin Mohd Isa.

HLC telah menghantar seramai 16 orang peserta yang diketuai oleh presidennya, iaitu En. Tajul Arifin B. Mohamad Tahir dan barisan ahli HLC yang cukup berpengalaman. Selain para pemilik jentera Honda RS150R, pihak LZS juga telah menjemput Kelab Easy Bike & Superbike bagi memeriahkan lagi aktiviti pada hari tersebut. Sudah pasti kemunculan jentera-jentera berkuasa tinggi mengujakan para hadirin terutamanya kanak-kanak.

Antara aturcara yang dijadualkan ialah ceramah Perdana Lembaga Zakat, persembahan Nasyid oleh Pelajar Bait Al-Hasanah, pertandingan mewarna, cabutan bertuah, kempen derma darah, sesi bergambar bersama anak-anak Asnaf Selangor, pameran pemeriksaan kesihatan, perkhidmatan Kaunter Bergerak Zakat Selangor, Food Truck Lembaga Zakat dan pelbagai jenis pameran yang lain.

Lebih kurang seramai 200 orang anak-anak Asnaf telah hadir dan suasana sangat gembira buat mereka kerana dapat bersama CEO, kakitangan LZS serta para penunggang dan pencinta motosikal. Memang sesuatu yang memuaskan hati apabila melihat anak-anak ini bergembira dan bergelak ketawa dengan telatah dan aksi lucu yang dipersembahkan oleh badut jemputan.

En. Tajul Arifin cukup berterima kasih kepada pihak Lembaga Zakat Selangor di atas kesudian menjemput dan memberi peluang kepada semua bikers hadir memeriahkan acara yang penuh bermakna itu. Menurut En. Tajul, program seperti ini haruslah diteruskan di setiap tahun dan berharap dapat menjemput lebih ramai lagi para bikers di seluruh negeri Selangor di lokasi yang lebih luas dan secara besarbesaran. RR

Isu Pada

Januari 2018

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.