☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 19 Oktober 2020

Pasukan Suzuki Lakar Kemenangan!

Perlumbaan pusingan 11 yang berlangsung di Litar Aragon semalam telah mengharumkan nama Suzuki apabila Alex Rins (Team Suzuki Ecstar) telah dinobatkan sebagai juara manakala rakan sepasukannya, Joan Mir di tempat ketiga. Kali terakhir Rins meraih tempat di podium tertinggi ialah di Silverstone pada tahun lalu. Kini terdapat lapan pemenang kelas prima yang berbeza dan menjadikan persaingan musim ini sangat menarik untuk ditontoni.

Rins (kiri) dan Mir meraikan kejayaan mereka berdua.

Vinales (12) memimpin perlumbaan dengan baik sebelum diberi tentangan hebat oleh Rins, Mir dan A. Marquez.

Saingan akhir pada mulanya diungguli oleh para pelumba Yamaha seperti Maverick Vinales, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli tetapi 'kelicikan' Rins memintas beberapa orang pelumba di awal perlumbaan memberinya kedudukan yang sangat baik. Rins mengejar ketiga-tiga pelumba Yamaha di depan dengan tenang. Turut mencuri tumpuan ialah kepantasan pelumba Repsol Honda iaitu Alex Marquez telah beberapa kali mencatatkan masa terpantas. Dari petak ke-11, A. Marquez memecut bagaikan lipas kudung untuk berada bersama kelompok hadapan hanya dalam beberapa lap.

Maverick Vinales.
Maverick Vinales.

A. Marquez berjaya memintas Morbidelli, Quartararo dan kemudiaan Vinales selepas beberapa kali mencuba. Walaupun berada di depan, Rins tidak mampu untuk meninggalkan Mir dan A. Marquez yang 'setia' mengekorinya dengan rapat. A. Marquez kemudiannya berjaya memintas Mir dalam satu aksi yang cukup mantap. Rentak A. Marques yang semakin laju membolehkannya merapati jaguh Suzuki di depan.

Kepantasan & kecekapan A. Marquez memang mengagumkan.
Kepantasan & kecekapan A. Marquez memang mengagumkan.
Alex Marquez.
Alex Marquez.

Semangat pelumba muda ini cukup membawa! Dia cuba menyerang beberapa kali sehinggakan jenteranya bergoyang (hampir terbabas). Memang sengit! Walaupun diberi tekanan hebat tanpa henti, Rins tidak melakukan sebarang kesilapan untuk melintasi garisan penamat dengan penuh bergaya. A. Marquez ternyata cukup selesa di tempat kedua diikuti Mir dan Vinales masing-masing di tempat ketiga dan keempat.

Fabio Quartararo perlu bangkit untuk mencari kemenangan.
Fabio Quartararo perlu bangkit untuk mencari kemenangan.

Andrea Dovizioso (4) terus konsisten untuk berada di antara 10 pelumba terbaik.

Joan Mir.
Joan Mir.

Juan Mir yang tamat di tempat ketiga cukup gembira apabila dia kini berada di tangga teratas MotoGP dengan 121 mata diikuti oleh Fabio Quartararo di tangga kedua dengan 115 mata. Kejayaan manis ini amat bererti buat Mir dan Suzuki kerana ia adalah berjaya menghasilkan rekod yang amat memberangsang. Kali terakhir pasukan Suzuki berada di tangga tertinggi ialah pada tahun 2000 lalu menerusi Kenny Roberts Jr. RR

Kedudukan Keseluruhan MotoGP 2020

1. Joan Mir (Team Suzuki Esctar) 121 mata
2. Fabio Quartararo (Petronas Yamaha SRT) 115 mata
3. Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha) 109 mata
4. Andrea Dovizioso (Ducati Team)
5. Takaaki Nakagami (LCR Honda Idemitsu) 92 mata

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.