☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 16 November 2020

Joan Mir, Juara MotoGP 2020: Penantian Selama 20 Tahun Berakhir!

“Juara Dunia....ia adalah impian dan mimpi seorang pelumba seperti saya sejak dari kecil lagi. Tiada ungkapan dan kata-kata yang boleh menjelaskan perasaan saya ketika ini. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat Suzuki atas peluang bersama pasukan mereka dan saya amat gembira dapat memberikan takhta kejuaraan ini. Untuk menjadi salah seorang yang membawa mahkota selepas 20 tahun memberikan perasaan yang luar biasa dan ia juga adalah satu penghormatan. Saya telah menempuh perjalanan yang cukup jauh sejak dari zaman kanak-kanak dengan kesukaran untuk mendapatkan wang untuk berlumba dan saya amat berterima kasih buat seluruh keluarga,” ucapan penuh bermakna dari Juara MotoGP 2020, Joan Mir dari Team Suzuki Ecstar.

Langkah penuh keazaman dari Juara MotoGP 2020, Joan Mir.
Langkah penuh keazaman dari Juara MotoGP 2020, Joan Mir.
Detik bersejarah yang dikongsi bersama seluruh pasukan Suzuki Ecstar.
Detik bersejarah yang dikongsi bersama seluruh pasukan Suzuki Ecstar.

Tahniah buat Joan Mir dan Suzuki yang akhirnya berjaya mengembalikan zaman kegemilangan mereka selepas muncul juara kelas prima buat kali pertama sejak tahun 2000 yang lalu menerusi Kenny Roberts Jr. Lebih bermakna apabila sejarah ini tercipta pada ulang tahun ke-100 Suzuki Motor Company dan genap tahun ke-60 Suzuki muncul dalam dunia perlumbaan.

Ucapan tahniah diberikan buat pelumba berusia 23 tahun dari Sepanyol, Joan Mir yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan konsisten sepanjang musim ini. Gelaran juara ini diperoleh pada perlumbaan pusingan ke-14 yang sekali lagi diadakan di Litar Valencia semalam. Sekali pun menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh, Mir telah mempunyai kelebihan sebanyak 29 mata di Franco Morbidelli yang kini berada di tangga kedua keseluruhan dengan 142 mata.

Alex Rins juga berkemungkinan untuk muncul Naib Juara MotoGP 2020.
Alex Rins juga berkemungkinan untuk muncul Naib Juara MotoGP 2020.

Kejuaraan MotoGP 2020 ini merupakan gelaran ke-16 untuk Suzuki dan kedua buat Joan Mir, selepas kejayaan dalam Moto3 pada tahun 2017. Mir adalah pelumba ke-10 dalam sejarah yang meraih gelaran bersama Suzuki dalam semua kategori dan yang ketujuh di kelas 500cc/MotoGP.

Sebelum itu, perlumbaan pusingan ke-14 ini juga mempertontonkan saingan yang cukup sengit dalam perebutan tempat pertama. Jack Miller (Pramac Racing) melakukan holeshot tetapi sayangnya 'melebar' di selekoh pertama dan kesilapan itu segera dihukum oleh Franco Morbidelli (Petronas Yamaha SRT) untuk berada di depan. Miller terus mengejar sambil diekori rapat oleh Pol Espargaro, Miguel Oliveira dan Taaki Nakagami (LCR Honda).

Para pemenang perlumbaan ke-14. Dari kiri: Jack Miller, Franco Morbidelli & Pol Espargaro.
Para pemenang perlumbaan ke-14. Dari kiri: Jack Miller, Franco Morbidelli & Pol Espargaro.

Morbidelli yang dibayangi oleh Miller dipaksa bekerja keras untuk menutup segala ruang manakala Joan Mir yang bermula di petak ke-12 sudah mula mengorak langkah. Pada masa yang sama Fabio Quartararo melakukan kesilapan menyebabkan dia ketinggalan dan lebih parah apabila terbabas pula tidak lama selepas itu. Seorang lagi pelumba Suzuki, Alen Rins turut mempamerkan tunggangan bertenaga dengan memintas seorang demi seorang untuk berada di tempat keempat.

Morbidelli '21' bijak mengatur strategi untuk muncul juara kelas prima buat kali ketiga.
Morbidelli '21' bijak mengatur strategi untuk muncul juara kelas prima buat kali ketiga.
Alex Marquez memiliki semangat yang kental untuk memberi cabaran.
Alex Marquez memiliki semangat yang kental untuk memberi cabaran.

Pertarungan di antara Morbidelli dan Miller berlanjutan sehingga di lap terakhir. Mir menggunakan kelebihan kuasa jenteranya untuk memintas terutama di laluan lurus tetapi kedudukan itu tidak lama, Morbidelli pantas merampas semula posisi tersebut. Miller tetap berusaha untuk memintas tetapi pencabar di hadapannya cekap menutup ruang sehinggalah di garisan penamat. Morbidelli muncul juara dengan catatan masa 41'22.478s dan ini adalah kemenangan ketiganya pada musim ini, cukup membanggakan!

Miller tetap gembira walaupun tewas kerana dia telah melakukan segalanya. Tempat ketiga dimenangi oleh P. Espargaro diikuti oleh Alex Rins. Joan Mir di tempat ketujuh, posisi yang sudah memadai untuk bergelar juara musim baru 2020.

Maverick Vinales '12' dan Valantino Rossi menamatkan saingan di tempat ke-12 & ke-14.
Maverick Vinales '12' dan Valantino Rossi menamatkan saingan di tempat ke-12 & ke-14.
Valentino Rossi terus yakin dengan kemampuan pasukan dan jentera Yamaha.
Valentino Rossi terus yakin dengan kemampuan pasukan dan jentera Yamaha.
Andrea Dovizioso masih bertenaga untuk memberi cabaran kepada para pelumba di kelompok hadapan.
Andrea Dovizioso masih bertenaga untuk memberi cabaran kepada para pelumba di kelompok hadapan.

"Ia adalah kemenangan yang sukar dipercayai, saya telah melakukan kesemuanya untuk itu. Saya juga perlu 'menggali lebih dalam' agar menjumpai sesuatu yang istimewa untuk menahan kemaraan Jack Miller dan amat bernasib baik kerana berjaya. Itu adalah pertarungan yang hebat. Memang seronok bertarung dengannya, tidak kiralah menang atau kalah . Kami hebat! Saya tidak sabar untuk berpesta malam ini dan kemudian pergi ke Portimao untuk saingan terakhir,” komen Franco Morbidelli. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.