Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 25 Disember 2020

Cub Prix 2020 Menutup Tirai

Perlumbaan Cub Prix Malaysia PETRONAS untuk musim 2020 telah menutup tirai di pusingan kelapan. Perlumbaan yang diadakan di litar Antarabangsa Sepang itu telah menobatkan Mohd Helmi Azman, Mohd Syafiq Rosli dan Rahimi Nabil Razu yang masing-masing sebagai juara CP150, CP125 dan Wira KBS.

Mohd Helmi Azman
Mohd Helmi Azman

Perlumbaan pusingan akhir CP150 telah dimulakan dengan dua pendahulu kejuaraan iaitu Mohd Helmi Azman (Hi Rev SCK Honda Racing) dan Azroy Hakeem (Idemitsu Yuzy Honda Racing). Namun, ia ternyata tidak memberi sebarang kelebihan apabila kedua-dua pelumba tersebut diberi tentangan hebat daripada pelumba lain.

Apabila bendera penamat dikibarkan pada lap terakhir, pelumba dari pasukan AHM Motorsports Yamaha Racing, Mohd Khairul Ikhwan Ajis muncul sebagai juara perlumbaan penutupan tirai dengan catatan masa 14’41.976s hanya 0.001s di hadapan pemenang tempat kedua iaitu Mohd Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor).

Walaupun menamatkan perlumbaan di tempat kelima, Mohd Helmi Azman dinobatkan sebagai juara keseluruhan CP150 dengan kutipan 143 mata diikuti Azroy Hakeem (136 mata) manakala di tempat ketiga ialah Mohd Muzakkir Mohamed dari pasukan ONEXOX TKKR SAG Team (81 mata).

Mohd Syafiq Rosli
Mohd Syafiq Rosli

Perebutan tiga penjuru di antara Mohd Syafiq Rosli (PETRONAS Sprinta Yamaha-Maju Motor), Mohd Shafiq Rasol (ONEXOX TKKR Racing Team) dan Mohd Adib Rosley (IPONE Yamaha YY Pang Racing) berakhir apabila gelaran juara keseluruhan CP125 sah milik Mohd Syafiq Rosli (117 mata) yang hanya menamatkan perlumbaan akhir di tempat kelima.

Perlumbaan akhir CP125 dimenangi Mohd Khairi Asyraf Mahmood (IPONE Yamaha YY Pang Racing Team) dengan catatan masa 11’27.070s. Rakan pasukannya, Mohd Fareez Afeez di tempat kedua dan Mohd Hafiza Rofa (ONEXOX TKKR SAG team) menduduki tempat ketiga.

Rahimi Nabil Razu
Rahimi Nabil Razu

Dalam kelas Wira KBS, Rahimi Nabil Razu berjaya merampas gelaran juara keseluruhan dengan kemenangan keempatnya yang mencatatkan masa terpantas 8’41.214s. Pelumba Yamaha tersebut menghadiahkan gelaran juara kategori Wira kedua berturut-turut buat pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing (168 mata). Manakala pelumba pasukan ONEXOX SAG Team, Mohd Aeiman Hafidz Shahril berjaya mengumpul 137 mata untuk tempat kedua dan Mohd Izzat Mohd Raduan (88 mata) di tempat ketiga.

Untuk perkembangan lain, Mohd Asyraf Daniel Mohd Zamri mengungguli kategori PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup dengan 144 mata. Mohd Danish Aiman Zamrul memenangi gelaran juara Yamaha PETRONAS Super Series manakala takhta Aeon Credit Service Yamaha NVX Challenge dimenangi oleh Mohd Aiman Aziz. Pelumba berasal dari Johor, Nabil Abd Rahman menjuarai kategori Honda Dash 125 Challenge. RR

KEPUTUSAN PUSINGAN 8

CP150

  1. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha, AHM Motorsports Yamaha Racing) - 14’41.976s
  2. Mohd Akid Aziz (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) - 14’41.977s
  3. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Idemitsu Honda Yuzy Racing) - 14’42.031s
  4. Mohd Muzakkir Mohamed (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team) - 14’42.052s
  5. Mohd Helmi Azman (Honda, Hi Rev SCK Honda Racing) - 14’42.163s

CP125

  1. Mohd Khairi Asyraf Mahmood (Yamaha, IPONE Yamaha YY Pang Racing Team) - 11’27.070s
  2. Mohd Fareez Afeez Abd Rahman (Yamaha, IPONE Yamaha YY Pang Racing Team) -11’27.352s
  3. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team) - 11’27.400s
  4. Mohd Syafieq Aiman Mohd Fauzi (Yamaha, ONEXOX Racing Team) - 11’27.538s
  5. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) - 11’27.793s

WIRA KBS

  1. Rahimi Nabil Razu (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) - 8’41.214s
  2. Mohd Idlan Haqimi Raduan (Honda, Idemitsu Kozi DFZ Yam Honda Racing) - 8’41.388s
  3. Mohd Adam Haikal Jahar (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) - 8’41.422s
  4. Mohd Aeiman Hafidz Shahril (Yamaha, ONEXOX Racing Team) - 8’41.627s
  5. Mohd Syamil Amsyraf Mohd Iffende (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) - 8’41.877s

JUARA KESELURUHAN

CP150

  1. Mohd Helmi Azman (Honda, Hi Rev SCK Honda Racing) - 143 points            
  2. Azroy Hakeem Anuar (Honda, Idemitsu Honda Yuzy Racing) - 136 points
  3. Mohd Muzakkir Mohamed (Yamaha, ONEXOX TKKR SAG Team) - 81 points
  4. Mohd Aiman Tahiruddin (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing) - 80 points
  5. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha, AHM Motorsports Yamaha Racing) - 77 points

CP125

  1. Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) - 117 points
  2. Mohd Adib Rosley (Yamaha, IPONE Yamaha YY Pang Racing Team) - 113 points
  3. Mohd Shafiq Rasol (Yamaha, ONEXOX TKKR SAG Team) - 108 points
  4. Mohd Fareez Afeez Abd Rahman (Yamaha, IPONE Yamaha YY Pang Racing Team) - 92 points
  5. Mohd Hafiza Rofa (Yamaha, ONEXOX TKKR SAG Team) - 89 points

WIRA KBS

  1. Rahimi Nabil Razu (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing) - 168 points
  2. Mohd Aeiman Hafidz Shahril (Yamaha, ONEXOX SAG Team) - 137 points
  3. Mohd Izzat Mohd Raduan (Yamaha, ONEXOX SAG Team) - 88 points
  4. Mohd Harith Haziq Zamri (Honda, Castrol Power1 Racing Team) - 77 points
  5. Mohd Norhakim Norhafizullah (Yamaha, ONEXOX SAG Team) - 75 points

Popular

  • Dari Litar

    Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

  • Dari Litar

    4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

  • Dari Litar

    Helmi Juara CP150 di Terengganu

  • Dari Litar

    Bezzecchi Terpantas di Aragon

  • Warta Roda

    MODENAS Lanjut Program Z15GT Care Hingga 31 Oktober 2026

Artikel berkaitan

Akid Aziz Kembali! Perkuatkan Pasukan VOGE AS25 RACING TEAM

4 Mata Berharga Kekalkan Hakim Danish di Kedudukan ke-8 Keseluruhan

Helmi Juara CP150 di Terengganu

Bezzecchi Terpantas di Aragon

Hakim Danish Mahu Bangkit Semula di GP Aragon

Irfan Haykhal Raih Kemenangan Sulung di CP150

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish Sedia Harungi Cabaran di Silverstone

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Benelli Panarea 125 Tampil Dengan 4 Warna Baharu

Benelli Malaysia memperkenalkan empat warna baharu untuk Benelli Panarea 125.

Warta Roda

Program Penggantian Muffler QJMOTOR AX200S Diteruskan

Susulan pelaksanaan program panggil semula bagi penggantian komponen muffler motosikal QJMOTOR AX200S.

Dari Litar

Hakim Danish Kekal di Moto3 Bersama MSI RACING TEAM

Hakim Danish terus diberi kepercayaan untuk mengharungi saingan Moto3 bagi musim hadapan.

Model Baru

Triumph Motorcycles Malaysia Perkenalkan TRACKER 400 & THRUXTON 400 Baharu

Triumph Motorcycles Malaysia memilih acara Art of Speed baru-baru untuk melancarkan dua model terbaru untuk tahun 2026 iaitu Triumph Tracker 400 dan Thruxton 400.