☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 25 Januari 2021

Panel lampu berteknologi tinggi kini diwajibkan di semua litar MotoGP, WorldSBK dan Formula 1

Di atas kerjasama dan perkongsian keselamatan terbaru di antara Fédération Internationale de l'Automobile (FIA) dan Fédération Internationale de Motocyclisme (FIM), panel lampu berteknologi tinggi kini wajib digunakan dan dipasang di semua litar tuan rumah untuk perlumbaan Formula 1 dan MotoGP dari tahun 2022 dan seterusnya. Panel itu juga mesti dipasang secara kekal di semua litar tuan rumah untuk kejuaraan FIA World Endurance Championship, FIM WorldSBK dan FIM EWC mulai tahun 2023 dan seterusnya.

Untuk perlumbaan F1, pihak penganjur buat masa ini bertanggungjawab untuk membawa panel lampu tersebut ke litar menjelang minggu perlumbaan dan kemudiannya dibuka serta diturunkan untuk kegunaan di litar/perlumbaan berikutnya.

Ini menyebabkan perlumbaan dalam kategori lain tidak memiliki akses untuk menggunakan panel lampu tersebut. Panel ini dapat dikendalikan oleh Pihak Kawalan Perlumbaan (Race Control)atau pihak marshal yang bertugas di dalam litar.

Panel ini memberikan butiran penting kepada pemandu serta penunggang seperti maklumat bendera, tempoh masa kereta keselamatan dan keadaan cuaca.

Menerusi peraturan baru ini, semua trek FIA Gred 1 berada dalam jadual perlumbaan F1 akan mempunyai panel lampu homolog berspeksifikasi T1 sebagai ciri tetap manakala litar FIM yang bakal menganjurkan MotoGP, World SuperBike WSBK dan Endurance dikehendaki memasang panel lampu berspesifikasi T1 atau T2. Sistem ini akan diteruskan ke trek FIA Gred 3 pada tahun 2024.

Panel lampu ini harus menjalani ujian yang ketat oleh makmal Federal Institute of Metrology (Institut Metrologi Persekutuan) di Switzerland, di mana lampu-lampu ini akan diperiksa dalam beberapa keadaan termasuk ketahanan dalam hujan dan cahaya matahari.

Lampu berspesifikasi T2 yang dikeluarkan oleh EM Motorsport. Kredit foto: EM Motorsport
Lampu berspesifikasi T2 yang dikeluarkan oleh EM Motorsport. Kredit foto: EM Motorsport

Syarikat Britain iaitu EM Motorsport http://(http://www.emmotorsport.com/ kini merupakan satu-satunya pengeluar yang telah lulus ujian FIA untuk panel cahaya T1 dan T2, dengan beberapa pengeluar lain kini dalam proses membuat homolog produk mereka. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.