☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 29 Januari 2021

Jentera Benelli Bakal Bersaing Dalam CP150

Kejuaran Cub Prix Malaysia PETRONAS musim 2021 bakal meriah dengan pengumuman oleh Pasukan TKKR Racing Team yang bercadang untuk menggunakan jentera Benelli dalam saingan CP150.

Menurut Bobie Farid, Prinsipal Pasukan TKKR Racing Team, mereka akan menurunkan dua pasukan dalam kategori ini. Pasukan senior kekal menggunakan jentera Yamaha, manakala untuk pasukan junior pula bakal bersaing dengan jentera Benelli.

“Selepas 27 musim, kejuaran Cub Prix Malaysia PETRONAS masih didominasi oleh Honda dan Yamaha. Dengan percaturan baru ini, kami harap dapat merancakkan lagi persaingan dalam kelas perdana tersebut,” kata Bobie Farid.

Pasukan TKKR Racing Team telah mengambil masa selama setahun untuk membuat penyelidikan dan pembangunan jentera Benelli.

“Buat masa ini, kami akan turunkan dua orang pelumba muda iaitu Mohd Syafieq Aiman Mohd Fauzi dan Mohd Faiz Zekri Sabri ke dalam pasukan Junior. Persaingan CP150 musim 2021, jentera Benelli akan beraksi buat pertama kali secara rasmi,” Tambah Bobie Farid. RR

- Gambar sekadar hiasan

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.