☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 23 Mac 2021

Kemenangan penuh bermakna buat Muzakkir

Sekalung tahniah diucapkan buat Mohd Muzakkir Mohamed dari pasukan ONEXOX TKKR Racing yang berjaya menyambar kemenangan pusingan pertama cabaran cub prix yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini. Muzakkir yang berjaya menamatkan kemarau kemenangan sejak sedekad lalu turut menyifatkan kejuaraan musim 2021 sebagai antara yang paling mencabar.

Saingan CP150 yang cukup sengit
Saingan CP150 yang cukup sengit

“Ramai pelumba-pelumba ternama yang kembali ke saingan cub prix musim ini. Daripada 27 orang pelumba di atas grid CP150, seramai 14 yang masing-masing pernah memegang gelaran juara,” kata Muzakkir, berusia 29 tahun.

Kasma Daniel
Kasma Daniel
Abd Muhaimin atau Along merupakan antara pelumba senior yang cukup berpengalaman.
Abd Muhaimin atau Along merupakan antara pelumba senior yang cukup berpengalaman.

Walaupun dicabar oleh kehadiran pelumba-pelumba hebat kategori premier CP150, Muzakkir tetap yakin dan berjaya mengekalkan rentaknya di sepanjang perebutan CP150 Akhir sepanjang 11 lap itu. Keyakinan tinggi serta kawalan jentera yang cukup padu membolehkan Muzakkir mendahului kelompok utama dalam lima lap terakhir sebelum menerima kibaran bendera kemenangan dengan catatan masa 14’12.181s.

Ketinggalan 0.265 saat di belakang Muzakkir selaku pemenang tempat kedua ialah Mohd Izzat Zaidi dari pasukan Yamaha YY Pang Racing Team yang turut mencatatkan rekod lap terpantas di Litar Selatan Sepang. Juara CP150 berganda Ahmad Afif Amran melengkapkan trio kemenangan di tempat ke-3 dengan 14’12.503s.

Mohd Izzat berjaya mencatatkan masa terpantas litar dengan tunggangan yang bertenaga.
Mohd Izzat berjaya mencatatkan masa terpantas litar dengan tunggangan yang bertenaga.
Krew pasukan sentiasa bertungkus lumus menyediakan jentera sebelum saingan.
Krew pasukan sentiasa bertungkus lumus menyediakan jentera sebelum saingan.

“Kemenangan ini sememangnya amat bermakna dan berharga bagi diri saya. Inilah yang saya nanti-nantikan selama ini dan saya berharap dapat mengekalkan kelebihan ini sehingga berjaya mencapai impian yang lebih besar, iaitu melihat nama saya terukir di atas trofi Cub Prix,” kata Muzakkir.

Dalam saingan CP125 pula, juara bertahan Mohd Syafiq Rosli nyata tidak tercabar apabila menamatkan perlumbaan CP125 Akhir di tempat pertama dengan catatan masa 11’10.393s. Tempat kedua dan ketiga di isi oleh jaguh pasukan Yamaha YY Pang Racing iaitu Mohd Fareez Afeez serta Mohd Adib Rosley.

Md Syafiq Rosli '36' pamerkan kecemerlangan untuk muncul juara.
Md Syafiq Rosli '36' pamerkan kecemerlangan untuk muncul juara.
Harith Haziq '86' dan Allan Haris '68' dari pasukan Castrol POWER1 Racing.
Harith Haziq '86' dan Allan Haris '68' dari pasukan Castrol POWER1 Racing.

Sementara itu, pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing telah menyapu bersih ketiga-tiga posisi podium selepas mendominasi saingan Wira. Juara dimenangi oleh Mohd Syamil diikuti Danial Johan di tempat kedua dan Mohd Aqil Danial di tempat ketiga. RR

 CP150

  • Mohd Muzakkir Mohamed (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team),
  • Mohd Izzat Zaidi Mohd Salehan (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team)
  • Ahmad Afif Amran (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing)
  • Mohd Shafiq Rasol (Yamaha, ONEXOX TKKR Racing Team),
  • Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Yamaha, Yamaha Genblu AHM Motor Sports)

CP125

  •   Mohd Syafiq Rosli (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor)
  • . Mohd Fareez Afeez Abd Rahman (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team)
  •   Mohd Adib Rosley (Yamaha, Ipone Yamaha YY Pang Racing Team)
  •   Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing)
  •  SIiti Norafizah Mohamad (Yamaha, Tuneboss Pink Racing)

WIRA KBS

  •   Mohd Syamil Amsyar M Iffende (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing)
  •   Danial Johan (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha-31 Racing)
  •   Mohd Aqil Danial Nasrul (Yamaha, PETRONAS Sprinta Yamaha – 31 Racing),
  •   Mohd Harith Rosmaza (Yamaha)
  •   Mohd Farish Iqmal Khayrul Elyas (Honda, Moto1 Koyoko Honda KC Racing Team)

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.