☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 5 April 2021

MotoGP: Giliran Fabio Quartararo takluki Litar Qatar

Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) telah memperlihatkan kematangan dan ketangkasannya untuk meraih kemenangan sulungnya musim ini. Ini bermakna, Yamaha setakat ini sudah menikmati dua kejayaan utama selepas kali pertamanya menerusi Maverick Vinales pada minggu lepas. Walaupun bukan jentera terpantas, Yamaha membuktikan kemenangan diraih berdasarkan prestasi jentera secara keseluruhan dan kemampuan seseorang pelumba itu sendiri.

Jorge Martin '89' bermula dengan sempurna dan hampir-hampir meraih kemenangan sulungnya.
Jorge Martin '89' bermula dengan sempurna dan hampir-hampir meraih kemenangan sulungnya.
Joan Mir masih mencari rentak untuk berada di depan sekali.
Joan Mir masih mencari rentak untuk berada di depan sekali.

Turut menemani Fabio di podium ialah rakan senegaranya, Johann Zarco yang juga kini berada di tangga tertinggi keseluruhan selepas dua kali berada di podium. Tempat ketiga dimenangi oleh pelumba rookie, Jorge Martin yang membuat kejutan selepas berjaya mendapat pole position di sesi kelayakan.

Maverick '12' cuba mengatasi kepantasan Martin dan Zarco.
Maverick '12' cuba mengatasi kepantasan Martin dan Zarco.

Martin bermula dengan sangat baik untuk memimpin di depan hampir di sepanjang perlumbaan. Di belakang, Zarco diberi tentangan oleh Alex Rins, Maverick Vinales, Aleix Espargaro, Joan Mir dan Jack Miller. Fabio, Jack Miller dan Francesco Bagnaia pula tercicir ke belakang selepas tidak bermula seperti yang dirancang. Martin ternyata cukup sukar ditewaskan lebih-lebih lagi dengan adanya Zarco (bagaikan pelindung).

Pol masih belum serasi, tamat di tempat ke-13.
Pol masih belum serasi, tamat di tempat ke-13.
Saingan pusingan kedua memang cukup sengit!
Saingan pusingan kedua memang cukup sengit!

Ketika saingan berbaki 10 lap sahaja lagi, berlaku pula insiden di antara Jack dan Joan yang menyebabkan kedua-dua pelumba tidak berpuas hati sehingga tamat perlumbaan. Quartararo yang ketika itu berada di tangga kelima menggunakan kestabilan jentera Yamaha untuk memintas seorang demi seorang termasuklah para pelumba Ducati.

Jack Miller tamat di tempat kesembilan dan kurang berpuas hati dengan insiden yang berlaku.
Jack Miller tamat di tempat kesembilan dan kurang berpuas hati dengan insiden yang berlaku.

Selepas memintas dan meninggalkan Zarco dan Martin di belakang untuk muncul juara diikuti dua pelumba Pramac Racing. Tempat keempat dimenangi oleh Alex Rins yang berhempas pulas mengekang kemaraan Maverick Vinales.

Dari kiri: Johann Zarco, Fabio Quartararo & Jorge Martin.
Dari kiri: Johann Zarco, Fabio Quartararo & Jorge Martin.
Wajah kepuasan Fabio!
Wajah kepuasan Fabio!
Rossi nyatakan prestasi jenteranya ada peningkatan tapi masih belum cukup baik.
Rossi nyatakan prestasi jenteranya ada peningkatan tapi masih belum cukup baik.

Perlumbaan ini juga melakarkan satu sejarah baru. Buat kali pertamanya dalam saingan MotoGP, jarak masa di antara pemenang tempat pertama hingga ke-15 dipisahkan pada jangka masa hanya 8.929s. Memang sengit..memang laju dan memang padu! RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.