☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 6 April 2021

Nazirul Izzat Hadiahkan Kemenangan Pertama Buat Pasukan Barunya.

Pelumba baru pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor musim ini, Nazirul Izzat Mohd Bahauddin telah berjaya menghadiahkan kemenangan pertama buat pasukan tersebut di pusingan kedua saingan cub prix yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini.

Nazirul kendalikan jenteranya dengan mantap.
Nazirul kendalikan jenteranya dengan mantap.

Catatan masa yang kurang memuaskan di sesi kelayakan menyebabkan Nazirul terpaksa memulakan perlumbaan dari barisan kedua sedangkan petak pertama disambar oleh Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy. Namun begitu, Azroy Hakeem sedikit tertinggal sebaik perlumbaan CP150 Akhir sepanjang 11 lap itu dimulakan.

Para pemenang CP150. Dari kiri: Azroy Hakeem, Nazirul Izzat & Mohd Izam Ikmal.
Para pemenang CP150. Dari kiri: Azroy Hakeem, Nazirul Izzat & Mohd Izam Ikmal.
Affendi Rosli 'kiri' antara pelumba yang konsisten dan cukup pantas.
Affendi Rosli 'kiri' antara pelumba yang konsisten dan cukup pantas.

Aiman Tahiruddin terlebih dahulu memimpin perlumbaan tetapi akhirnya dia tidak dapat menyekat kemaraan pelumba-pelumba lain yang beradu tenaga dalam kelompok pertama. Nazirul pula bijak mempertahankan kedudukan dengan kawalan jentera yang kemas. Pada lap terakhir, Nazirul mula mengorak langkah memperbaiki posisi perlumbaan. Dari tempat ke-7 di lap 10, Nazirul muncul di garisan hadapan pada selekoh terakhir lap terakhir.

Strategi bijak Nazirul itu membolehkan pelumba kelahiran Negeri Sembilan itu melakar kemenangan dengan catatan masa 14’38.028s. Azroy Hakeem Anuar menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan catatan masa 14’38.096s diikuti Mohd Izam Ikmal.

“Saya begitu berpuas hati dengan keputusan hari ini. Setelah lebih enam bulan tidak beraksi akibat kecederaan tangan, kemenangan ini telah memulihkan tahap keyakinan saya untuk terus berjuang untuk merebut takhta CP150 musim ini. Kemenangan ini lebih berharga kerana ia bagaikan hadiah awal untuk pasukan baru saya,” kata Nazirul.

Dengan kemenangan ini, Nazirul mengambil alih kepimpinan kategori CP150 dengan 29 mata. Mohd Muzakkir Mohamed jatuh ke tangga kedua dengan 28 mata manakala Mohd Izam Ikmal kini menduduki tangga ke-tiga keseluruhan dengan 25 mata.

Barisan jentera CP125 yang sedia untuk beraksi.
Barisan jentera CP125 yang sedia untuk beraksi.

Sementara itu, perlumbaan akhir CP125 telah dimenangi Mohd Adib Rosley dari pasukan Ipone Yamaha YY Pang Racing Team dengan catatan masa 11’27.095s, hanya 0.003 saat di depan Mohd Hafiza Rofa dari pasukan ONEXOX TKKR Racing. Ahmad Syukran Aizat mengisi podium ketiga dengan 11’27.159s. Adib kini mendahului buruan takhta CP125 dengan 41 mata kejuaraan.

Adib gembira dengan kejayaannya.
Adib gembira dengan kejayaannya.
Memang sengit...memang padu!
Memang sengit...memang padu!

Dalam saingan Wira KBS pula, pasukan Petronas Sprinta Yamaha – 31 Racing terus pamerkan dominasi apabila sekali lagi menyapu bersih kedudukan podium. Mohd Aqil Danial Nasrul menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan masa 10’07.020s diikuti Danial Johan dan Mohd Syamil Amsyar Mohd Iffende.

Perlumbaan seteruskan akan diadakan di Litar Tangkak, Johor pada 22 dan 23hb Mei nanti. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.