☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 17 Mei 2021

Kerja Keras Hafizh Syahrin Berbaloi

Perlumbaan pusingan kelima di Le Mans telah menunjukkan keserasian pelumba negara, Hafizh Syahrin memacu jenteranya dengan cukup mantap. Keyakinan pelumba berusia 27 tahun itu mula mendapat rentak yang cukup positif sejak di sesi ujian masa lagi dan pada saingan akhir, Hafizh telah bekerja keras untuk memberi saingan walaupun dalam cuaca yang tidak begitu baik.

Walaupun bermula di petak ke-27, Hafizh telah mengerahkan seluruh tenaganya untuk melintasi garisan penamat di tempat ke-16. Namun begitu, rezeki berpihak kepada Hafizh apabila penyertaan pelumba pasukan Italtrans Racing, Lorenzo Dalla Porta telah dibatalkan selepas didapati melakukan kesalahan berkenaan berat jentera. Keputusan tersebut telah membantu Hafizh naik satu anak tangga iaitu tempat ke-15 dan layak menerima satu mata yang berharga.

Didoakan agar Hafizh terus bersemangat untuk memerah pendikit jenteranya pada saingan selepas ini. RR

Kredit foto: https://www.rwracinggp.com/

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.