☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 31 Mei 2021

Hafizh Syahrin Pamer Aksi Memukau Untuk Raih 'Top 10'!

Tahniah buat jagoan negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang berjaya meraih tempat kesembilan dalam saingan pusingan 6 Moto2 yang berlangsung di Litar Mugello, Itali semalam. Walaupun bermula di petak ke-20, keputusan cemerlang ini membuktikan kesungguhan, kecekalan dan keserasian Hafizh dengan jenteranya untuk terus memberi cabaran.

Kepantasan Hafizh membawanya ke dalam kelompok yang benar-benar sengit. Antara pelumba yang saling memburu posisi terbaik ialah Cameron Beaubier, Stefano Manzi dan Aron Canet. Kawalan yang sempurna di litar Mugello yang sepanjang 5.24 km itu amat penting lebih-lebih lagi apabila para pelumba bersaing dengan jentera yang hampir sama pantas.

Catatan terbaik Hafizh ialah 1'52.605s yang dilakukannya pada lap ketujuh. Tunggangan yang konsisten membolehkan Hafizh terus di depan untuk meraih tempat kelapan. Namun begitu, Beaubie berjaya memintas di saat-saat akhirnya untuk menewaskan Hafizh. Rakan sepasukannya iaitu Barry Baltus tamat di posisi ke-17 dan Hafizh Syahrin kini berada di tangga ke-21 keseluruhan dengan kutipan 8 mata.

Tahniah buat Pescao....teruskan cabaran dan jangan patah semangat.

Saingan Moto2 kali ini dimenangi oleh Remy Gardner dengan catatan masa 39'17.667s diikuti oleh Raul Fernandez dan Marco Bezzecchi di tempat kedua dan ketiga.RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Pandu Uji

Kawasaki Versys 1100SE: Empat Silinder, 1,099CC… Sesuai Untuk Kembara Jauh!

Kawasaki Versys 1100 SE adalah antara jentera yang berada dalam kategori tersebut dan nama Versys ini bukanlah asing. Sebelum ini kita sudah mengenali Versys 1000 dengan enjin empat silinder 1,043cc. yang jujurnya saya katakan, model tersebut memang padu dan praktikal.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.