☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 4 Jun 2021

Maverick Vinales Sasar Podium di Catalunya

Selepas muncul juara di Qatar pada pusingan pertama MotoGP 2021 pada bulan Mac lalu, Maverick Vinales dari pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP tidak lagi berjaya meraih podium sehingga kini. Antara kedudukan terbaiknya sepanjang enam pusingan berlalu iaitu di tempat kelima, juga di litar Qatar pada perlumbaan pusingan kedua.

Maverick Vinales cekal memburu kemenangan.
Maverick Vinales cekal memburu kemenangan.

Perlumbaan di Mugello telah mengecewakannya tetapi kini, Maverick kembali bersemangat dan bersedia untuk memberi cabaran di litar yang disukainya. Dia merancang untuk berusaha mencari talaan yang mantap pada hujung minggu ini dan menyasarkan kedudukan paling baik untuk mengumpulkan mata berharga.

“GP Itali adalah minggu yang kami ingin lupakan, atas sebab-sebab tertentu. Ingatan saya kuat pada keluarga, krew pasukan dan rakan-rakan mendiang Jason Dupasquier. Apa pun, kami perlu berikan persembahan lebih baik pada minggu ini. Kami akan terus bekerja keras untuk memahami apa yang telah berlaku dan perlu cepat diperbaiki. Telah banyak kali saya alami masalah ini, cukup pantas di sesi latihan tetapi menjelang perlumbaan, segalanya bagaikan hilang. Oleh itu, kami perlu bekerja keras,” komen Maverick Vinales.

Maverick kini menduduki tangga keenam dalam kedudukan keseluruhan dengan 64 mata, ketinggalan 41 mata di belakang rakan sepasukannya Fabio Quartararo yang kini unggul di tangga pertama. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).