☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Mac 2019

Yamaha Team 2019 Teruskan Kegemilangan

Sejak penubuhan Yamaha 65 tahun yang lalu serta penglibatan dalam arena perlumbaan, mereka telah menyumbang ke arah kebajikan, ekonomi dan kepesatan kehidupan untuk ke arah yang lebih baik. Untuk musim ini, Yamaha akan maju ke hadapan menerusi penglibatan dalam perlumbaan utama dunia dengan tujuan untuk memupuk generasi pelumba, mempromosikan budaya sukan permotoran dan berkomunikasi ke seluruh dunia menggunakan slogan 'Revs Your Heart.’

Dengan galakan serta dorongan yang diberikan ini, Yamaha sentiasa membuka peluang dan platform  untuk membangunkan bakat-bakat muda dalam permotoran dari negara-negara Asia Tenggara hingga ke seluruh pelusuk dunia. Usaha gigih ini telah dibuktikan dengan kejayaan beberapa orang pelumba yang telah memajukan diri dengan cemerlang untuk melangkah lebih besar di Eropah. Yamaha ternyata berjaya membawa 'Kando' ke seluruh dunia. Kando adalah perkataan Jepun yang menggambarkan perasaan serentak di antara kepuasan yang mendalam dan kegembiraan hebat apabila kita mengalami sesuatu yang luar biasa.

Yamaha Motor Co. Ltd menerusi Yamaha Motorsports merupakan agensi yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran, pengurusan, penyelidikan dan pembangunan malah menyusun atur setiap perkembangan dan penglibatan jentera sukan bermotor kelolaan Yamaha.

Bertempat di Pusat Media di Litar Antarabangsa Sepang 5 Februari 2019 lalu, Yamaha Motorsports telah melancarkan secara keseluruhan pasukan-pasukan yang akan bersaing dalam beberapa siri perlumbaan untuk tahun 2019 ini. Dengan pembaharuan dalam pengurusan, pelumba dan jentera masing-masing, Yamaha dijangka akan memberikan semangat baru dalam usaha untuk merealisasikan misi mereka.

Terdapat satu pembaharuan kategori dalam perlumbaan Asia Road Racing (ARRC) di mana kategori ASB1000 akan diperkenalkan sebagai kelas prima. Yamaha Racing Team ASEAN akan bersaing dalam kelas baru ini menggunakan jentera YZF-R1 yang akan dipacu oleh Yuki Ito. Berikut adalah nama-nama pelumba yang akan mewakili pasukan Yamaha mengikut kategori perlumbaan untuk musim 2019:

World Suberbike Championship PATA Yamaha Team                                                                 
#60 Micheal van de Mark  #22 Alex Lowes

All Japan Road Race Championship Yamalube Racing Team                                                    
#
75 Keisuke Maeda

ISB 1000                                                                                                                                        
#1 Katsuyuki Nakasuga  # Kohta Nazane 

Asia Road Racing Championship Yamaha Racing Team Asean ASB1000                                  
#23 Broc Parkes  #76 Yuki Ito

Yamaha Thailand Racing Team ASB 1000                                                                                 
#56 Ratthapong Wilairot # 24 Apiwath Wongthananon

Yamaha Thailand Racing Team SS600                                                                                   
#Peerapong Boonlert

Yamaha Thailand Racing Team AP250                                                                                     
#56 Sawapol Nilapong #86 Suttipat Patchareetorn

Yamaha Racing Indonesia AP 250                                                                                            
#901 M Faerozi #96 Anggi Setiawan

Yamaha Racing Indonesia UB150                                                                                             
#89 Wahyu Nugroho  #570 Aldi Satya Mahendra

Hong Leong Yamaha Malaysia SS600                                                                                      
#127 Kasma Daniel Kasmayudin #50 Ahmad Afif Amran

UMA Racing Yamaha Philippines Team UB150                                                                        
#123 Mckinley Kyle Paz #17 Masato Fernando. RR

Isu Pada

Mac 2019

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.