☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 Jun 2021

Marc Marquez Kembali Gegar Pentas MotoGP. Raih Kemenangan ke-11 di Litar Sachsenring

Tepat 581 hari yang lalu, Marc Marquez (Repsol Honda) berdiri megah di tangga tertinggi podium Litar Valencia dan ia adalah bukti kemampuan sebenar Juara Dunia lapan kali itu mencipta sejarah serta kemenangan penuh bermakna. Ketika itu, tiada lagi Covid-19, litar dunia masih dipenuhi dengan ribuan penonton, ia adalah kenangan jentera bernombor 93 yang benar-benar hebat.

Marc Marquez, Raja Sachsenring!
Marc Marquez, Raja Sachsenring!
Pertarungan awal di antara Jack Millier, Marc Marquez & Fabio Quartararo.
Pertarungan awal di antara Jack Millier, Marc Marquez & Fabio Quartararo.

Selepas tiga kali pembedahan, dunia yang juga telah berubah…Marc Marquez yang pernah dibelenggu kecederaan kini telah kembali mempamerkan tunggangan yang sangat cemerlang untuk memenangi perlumbaan pusingan 8 yang berlangsung di Litar Sachsenring, Jerman. Ini juga merupakan kejayaannya mencipta kemenangan buat kali ke-11 di litar ini dan kali kelapan dalam kelas prima. Benar, ia adalah suatu sejarah dan kenangan yang telah dinikmatinya dengan penuh emosi.

Fabio Quartararo berpuas hati berjaya meraih podium.
Fabio Quartararo berpuas hati berjaya meraih podium.

Marc yang bermula dengan sangat baik, berjaya mencari peluang untuk mengejar para pelumba di depan seperti Aleix Espargago (Aprilia Racing Gresini) dan Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP). Sebelum tamat lap pertama, Marc berjaya memintas Aleix untuk memimpin perlumbaan. jenteranya benar-benar laju di litar ini telah memberinya peluang baik untuk membuka jarak sedikit demi sedikit.

Aleix Espargaro yang berada di tempat kedua mula dikejar oleh Fabio, Johann Zarco, Jack Miller dan Miguel Oliveira. Jack dan Miguel menggunakan segala kepakaran mereka untuk memintas Fabio, Johann dan kemudiannya Aleix.

Para pelumba mencari laluan terbaik untuk membuat serangan.
Para pelumba mencari laluan terbaik untuk membuat serangan.
Insiden yang melibatkan Alex Marquez & Danilo Petrucci - kedua-duanya tidak mengalamai kecederaan serius.
Insiden yang melibatkan Alex Marquez & Danilo Petrucci - kedua-duanya tidak mengalamai kecederaan serius.

Selepas berjaya menunjukkan Jack, Miguel mencuba sedaya upayanya untuk rapatkan diri walaupun dia sedar, ia satu misi yang sukar. Daripada dua saat, Miguel berjaya merapatkan diri hinggalah sekitar 1.8 saat saja lagi. Melihat dengan kepantasan lawannya, Marc memecut lebih pantas agar lebih sukar untuk dikejar lagi. Marc akhirnya melintasi garisan penamat penuh bangga di tempat pertama diikuti Miguel yang akur sebagai naib juara.

Alex Rins tamat di tempat ke-11.
Alex Rins tamat di tempat ke-11.
Takaaki Nakagami meraih tiga mata selepas menamatkan cabaran di tempat ke-13.
Takaaki Nakagami meraih tiga mata selepas menamatkan cabaran di tempat ke-13.
Persaingan di antara Valentino Rossi '46', Enea Bastianini '23' & Lorenzo Savadori.
Persaingan di antara Valentino Rossi '46', Enea Bastianini '23' & Lorenzo Savadori.

Perebutan tempat ketiga di antara Fabio dan Jack Miller akhirnya berpihak kepada pelumba Yamaha untuk meraih podium ketiga. Jack lebih kecewa apabila turut dipintas oleh Brad Binder dan kemudiannya oleh rakan sepasukannya Francesco Bagnaia, masing-masing di tempat keempat dan kelima. Tempat ketujuh menjadi milik Aleix Espargaro manakala Johann Zarco kelapan. RR

Pemenang MotoGP Litar Sachsenring, Jerman

1.  Marc Marquez - Repsol Honda Team - Honda - 41:07.243
2   Miguel Oliveira - Red Bull KTM Factory Racing - KTM - +1.610
3   Fabio Quartararo - Monster Energy Yamaha MotoGP - Yamaha - +6.722



 

.

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.