☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 7 Julai 2021

GP Malaysia Diadakan Awal Seminggu

Perlumbaan MotoGP Malaysia musim 2021 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang sepatutnya berlangsung pada 29hb - 31hb Oktober (jadual asal) akan diadakan seminggu lebih awal iaitu pada tarikh 22hb - 24hb Oktober 2021. 

Perubahan jadual ini dibuat berikutan pembatalan MotoGP Australia di Litar Phillip Island untuk musim kedua berturut-turut susulan sekatan perjalanan masuk ke Negara tersebut dan masalah logistik akibat penularan COVID-19. Pihak MotoGP berharap perlumbaan MotoGP Australia akan kembali pada musim 2022. 

Namun begitu, ini adalah kenyataan daripada pihak Dorna manakala keputusan sebenar mengenai jadual penganjuran MotoGP di Malaysia hanya akan diluluskan oleh pihak  Kerajaan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Oleh itu jadual ini masih tidak sahih dan berkemungkinan akan berubah mengikut tahap pandemik serta jumlah kes Covid-19 di negara ini.

Selain itu, pihak MotoGP juga mengesahkan bahawa  penambahan pusingan GP Algarve untuk musim ini pada 5hb - 7hb November 2021 selepas pusingan pertama yang diadakan pada April lalu. RR

Di bawah merupakan imej perubahan jadual baru untuk musim 2021 (setakat ini):

Sumber gambar utama: motogp.com

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

LETBE PUNK 500: Bobber Gaya 'Jahat' Mungkin Masuk Malaysia Tahun Depan!!

LETBE PUNK 500 ialah motosikal kategori cruiser/bobber dengan enjin dua silinder 500cc.

Warta Roda

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG).

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.