☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 28 Julai 2021

Alex Lowes Sambung Kontrak Bersama Kawasaki Racing Team

Pelumba dari England, Alex Lowes telah menandatangani perjanjian baru bersama pasukan Kawasaki Racing untuk musim akan datang. Perjanjian 'multi-year' ini memberikan peluang untuk beraksi selaku pelumba pasukan Kawasaki untuk tahun yang ketiga.

Majlis tandatangan kontrak baru ini telah disaksikan oleh Pengarah Bahagian Perancangan Korporat Kawasaki Motors Europe, En. Masatoshi Yoshioka yang telah diadakan di Lotar Assen baru-baru ini. Alex juga akan bergandingan dengan Jonathan Rea dan Lucas Mahias dalam perlumbaan berprestij, Suzuki 8 Hours pada tahun ini.

Keserasian Alex dan Kawasaki dibuktikan menerusi koleksi kemenangan dan tujuh podium sejak dia bekerjasama dengan pasukan Kawasaki bermula pada tahun 2019 lalu. Lowes sentiasa bersemangat untuk mencipta lebih banyak kejayaan dengan jentera ZX-10RR serba baru dan krew pasukan yang diketuai oleh Marcel Duinker.

“Saya sangat gembira dengan kerjasama ini lebih-lebih lagi bersama Kawasaki Racing Team yang merupakan pasukan paling berjaya dalam era WorldSBK ketika ini,” Alex Lowes. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.