☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 30 Julai 2021

Cal Crutchlow Sertai Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Untuk Tiga Pusingan

Pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing (SRT) mengalu-alukan pelumba berpengalaman, Cal Crutchlow bagi menggantikan Franco Morbidelli yang masih dalam proses pemulihan dari pembedahan lutut kirinya. Crutchlow akan memberi cabaran dalam dua pusingan yang diadakan di Austria (8 Ogos & 15 Ogos 2021) dan sekali di GPBritish, Litar Silverstone iaitu pada 29 Ogos nanti.

Cal Crutchlow sememangnya tidak asing lagi buat pasukan Yamaha setelah memulakan kariernya dalam kelas prima dengan jentera YZR-M1 pada tahun 2011 yang lalu. Dia telah menghabiskan tiga musim bersama Yamaha dengan beberapa kenangan kemenangan yang hebat.

Cal Crutchlow ketika bersama pasukan Yamaha Tech3 pada tahun 2012.
Cal Crutchlow ketika bersama pasukan Yamaha Tech3 pada tahun 2012.

Cal kini adalah penunggang uji untuk pasukan Yamaha dan dia juga merupakan salah seorang yang penting dalam perkembangan para pelumba.

Franco Morbidelli perlu masa untuk pulih sepenuhnya,
Franco Morbidelli perlu masa untuk pulih sepenuhnya,

“Memang hebat apabila dapat kembali bersama Yamaha dan saya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memberi saingan bersama pasukan Petronas Yamaha SRT. Saya sedar ia bukanlah dalam situasi baik dan saya berharap Franco pulih dengan segera. Agak sukar untuk menetapkan sasaran kerana ia perlu pemahaman yang mendalam terhadap jentera yang akan ditunggang lebih-lebih lagi dalam jangka masa yang agak terhad,” kata Crutchlow. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.