☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 Ogos 2021

Perlumbaan Malaysia Superbike Championship 2021 Ditangguh!

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Two Wheels Motor Racing (TWMR) telah mengumumkan perlumbaan pembuka tirai untuk Perlumbaan Malaysia Superbike Championship (MSBK) yang dijadualkan berlangsung pada 6-8 Ogos 2021 ditangguhkan ke satu tarikh baru yang akan diumumkan kelak.

Kalendar perlumbaan baru akan diumumkan sebaik sahaja menerima arahan dan pengesahan daripada pihak kerajaan khususnya.

“Sebagai 'tuan rumah', kami tidak mempunyai sebarang pilihan selain menangguhkan perlumbaan Pusingan 1 MSBK dan pusingan selanjutnya berikutan kes Covid-19 semasa di Malaysia. Keselamatan mereka yang terlibat dalam perlumbaan ini adalah keutamaan kami. SIC dan TWMR akan kembali beraksi tetapi buat masa ini, kita perlu menjalankan tanggungjawab untuk memutuskan rantai wabak ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, En. Azhan Shafriman Hanif.

Turut kecewa dengan situasi ini ialah Pengarah TWMR, En. Ron Hogg yang turut mengutamakan kesihatan dan keselamatan semua yang terlibat dalam perlumbaan. Beliau menegaskan pihaknya dan SIC akan segera memeriahkan semula perlumbaan motosikal negara sebaik sahaja keadaan lebih terkawal.

Sama-sama kita berusaha menurunkan kadar kes Covif-19 di negara kita dengan mematuhi segala SOP, mengikuti panduan kesihatan dengan betul dan segera mendapatkan vaksin. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

ZXMOTO 500RR Mula Masuki Pasaran Minggu Ini!

Penantian kini berakhir! ZXMOTO 500RR, yang telah dilancarkan dan mendapat perhatian ramai peminat motosikal di Malaysia sebelum ini, kini telah memulakan proses pengeluaran, dengan batch pertama mula berada di pasaran Malaysia bermula minggu ini.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.