☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 10 Ogos 2021

Toprak Razgatlioglu Makin Hampiri Rea

Pelumba pasukan Pata Yamaha with BRIXX WorldSBK, Toprak Razgatlioglu kini semakin pantas mengejar Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team WorldSBK) selepas menamatkan minggu yang cukup cemerlang. Ketika hadir di litar Republik Czech, perbezaan mata di antara kedua-dua pencabar ini sebanyak 35 mata tetapi dengan tunggangan yang mantap serta insiden yang menimpa Rea dalam perlumbaan awal membolehkan pelumba dari Turki itu bertambah lancar dalam proses meraih kejuaraan musim ini.

Permulaan saingan WSBK yang cukup mengujakan. Toprak bermula cukup sempurna untuk memimpin perlumbaan.
Permulaan saingan WSBK yang cukup mengujakan. Toprak bermula cukup sempurna untuk memimpin perlumbaan.

Dalam Perlumbaan 1, Rea yang cuba untuk memberi saingan sengit terbabas sebanyak dua kali sehingga terpaksa bersama lebih awal. Toprak kemudiannya memimpin perlumbaan tetapi diberi desakan tanpa henti oleh Scott Redding yang tidak kurang hebatnya. Kedua-dua pelumba saling bertukar posisi dengan aksi-aksi yang mendebarkan.  Walaupun nampak seperti Scott boleh menang, Toprak berjaya membuat serangan dari dalam di saat-saat akhirnya perlumbaan. Rea cuba melawan semula tetapi terpaksa akur apabila Toprak terlebih dahulu menerima kibaran bendera penamat.

Tempat ketiga dimenangi oleh Andrea Locatelli diikuti oleh Michael Ruben dan Axel Basani masing-masing di tempat keempat dan kelima. Toprak menambah koleksi kemenangannya dengan muncul juara dalam perlumbaan Superpole dengan menewaskan Scott dan Rea dengan penuh bergaya.

Jonathan Rea meraikan kejayaan podiumnya buat kali ke-200.
Jonathan Rea meraikan kejayaan podiumnya buat kali ke-200.

Perlumbaan 2 semakin mencabar. Toprak yang ingin mencipta hatrik kali ini diberi kejutan apabila rakan sepasukannya, Locatelli pula memberi saingan yang cukup sengit. Scott kemudiannya memintas Locatelli dan terus mengejar pelumba di depannya dengan pantas. Scott akhirnya berjaya mengatasi Toprak dalam lap keempat dan mengerahkan seluruh tenaga jenteranya untuk membuka jarak. Walaupun Toprak cuba memberi saingan, Scott ternyata terlalu gagah untuk ditewaskan.

Alex Lowes menamatkan cabarannya di tempat keenam 'Perlumbaan 2'.
Alex Lowes menamatkan cabarannya di tempat keenam 'Perlumbaan 2'.
Scott Redding amat berpuas hati dengan kejayaannya menduduki tempat pertama dalam Perlumbaan 2.
Scott Redding amat berpuas hati dengan kejayaannya menduduki tempat pertama dalam Perlumbaan 2.
Andrea Locateli '55' cuba mengejar Toprak dalam saingan Perlumbaan 2 dengan penuh bersemangat.
Andrea Locateli '55' cuba mengejar Toprak dalam saingan Perlumbaan 2 dengan penuh bersemangat.

Rea yang cuba mendapatkan konsistensi berjaya mengatasi Locatelli untuk berada di tempat ketiga. Dia perlu meraih podium agar pungutan matanya tidak terlalu dekat untuk dikejar oleh Toprak khususnya. Scott Redding akhirnya berjaya muncul juara diikuti oleh Toprak di tempat kedua manakala Rea bersama jentera Kawasaki ZX-10RRnya di tempat ketiga. Turut mencuri tumpuan ialah pelumba BMW Motorrad WorldSBK Team, Michael Van Der Mark yang menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh walaupun bermula di posisi ke-17 – ia satu pencapaian yang cukup hebat.

Para pemenang Perlumbaan 2. Dari kiri: Toprak Razgatlioglu, Scott Redding dan Jonathan Rea.
Para pemenang Perlumbaan 2. Dari kiri: Toprak Razgatlioglu, Scott Redding dan Jonathan Rea.

Perrebutan takhta juara kini terbuka buat tiga pelumba berlainan jenama iaitu Jonathan Rea (Kawasaki). Toprak Razgatlioglu (Yamaha) dan Scott Redding (Ducati). Siapa agaknya yang lebih layak kali ini? Perlumbaan seterusnya akan diadakan di Litar Navarra, Sepanyol pada 20-22 Ogos ini. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.

Model Baru

Jenama Sepanyol, BULTACO Kembali

Legenda motosikal Sepanyol, Bultaco, kembali menjadi perhatian dunia dua roda selepas muncul semula dengan pengenalan kepada model baharu di Pameran Antarabangsa dan Perdagangan China (CIMA) menerusi Rally GT 300.