☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 5 November 2021

Farres Putra Ketuai Cabaran Negara ke Valencia

Penunggang muda Selangor, Farres Putra muncul juara keseluruhan sulung saingan FIM MiniGP Malaysia Series selepas mengharungi cabaran getir pada pertarungan pusingan penutup di Litar Go-Kart Antarabangsa Sepang hari ini; sekali gus memenangi hak untuk mewakili negara pada kejuaraan dunia, yang akan berlangsung di Valencia, Sepanyol bulan depan.

Farres '23' cekap mengendalikan jenteranya.
Farres '23' cekap mengendalikan jenteranya.

Mengiringi penunggang berusia 13 tahun ke kejuaraan berprestij di Sepanyol itu adalah Emil Idzhar dan Farish Hafiy, yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga keseluruhan dalam kejuaraan pembangunan bakat peringkat akar umbi anjuran bersama Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan ZK Racing Team.

Dah sampai.....
Dah sampai.....
Farres bersedia memberi cabaran sengit!
Farres bersedia memberi cabaran sengit!

Para pelumba bersaing menggunakan Ohvale 160cc, yang merupakan jentera perlumbaan keluaran Itali dan ditandingi oleh pelumba remaja berusia antara 11 dan 13 tahun.

Dalam saingan akhir di Valencia nanti, ketiga-tiga pelumba negara akan bersaing bersama 27 orang pelumba lagi yang datang dari pelbagai negara seperti Perancis, Ireland, Belanda, Portugal, Sepanyol, United Kingdom dan Alpe Adria. RR

Para pelumba negara bersama Pengurus Pasukan, Zulfahmi Khairuddin (kanan sekali).

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Warta Roda

PDRM & Harley-Davidson Jalankan Program POC Tiga Model Untuk Tugasan Rasmi

Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur telah menganjurkan majlis penyerahan tiga motosikal Harley-Davidson kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan Proof of Concept (POC).