☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 8 November 2021

Pelumba Rookie, Pedro Acosta Juara Moto3 2021

Pedro Acosta (Red Bull KTM Ajo) sah dinobatkan sebagai Juara Moto3 untuk musim 2021! Kejayaan pelumba rookie sensasi itu dicapai menerusi saingan akhir di Litar Autodromo, Portugal yang juga menyaksikan satu-satunya pesaing iaitu Dennis Foggia yang gagal ke garisan penamat selepas terbabit dalam insiden di pertengahan perlumbaan.

Terlebih dahulu, posisi hadapan diketuai oleh Sergio Garcia yang berjaya melakukan holeshot diikuti rapat oleh Adrian Fernandez dan John McPhee. Foggia yang sedikit ketinggalan di awal saingan dengan pantas membuat serangan untuk menewaskan para pencabarnya dan pada masa yang sama, Acosta jauh di belakang di kedudukan ke-12.

Sergio Garcia turut terbabas akibat insiden perlanggaran di antara Binder dan Foggia.
Sergio Garcia turut terbabas akibat insiden perlanggaran di antara Binder dan Foggia.
Pertarungan para pelumba Moto3 sememanganya sangat sengit dan mengujakan.
Pertarungan para pelumba Moto3 sememanganya sangat sengit dan mengujakan.

Walaupun begitu, Acosta mengorak langkah dengan penuh semangat untuk meletakkan dirinya di posisi keenam pada Lap 3. Foggia terus memecut meninggalkan pada pelumba lain! Dari kedudukan keenam, Acosta berjaya memintas dua pelumba lagi iaitu Fernandez dan McPhee - kedua-dua pelumba tersebut kemudiannya terbabas pada Lap 5.

Acosta merapatkan diri dengan kelompok hadapan dan pada Lap 10, dia berjaya memintas Foggia buat kali pertama tetapi agak melebar – menyebabakan dia dipintas semula oleh Foggia dan Binder.

Romano Fenati menamatkan saingan di tempat ketujuh.
Romano Fenati menamatkan saingan di tempat ketujuh.

Saingan tinggal lima lap sahaja lagi dan Foggia masih kekal di depan. Acosta memintas Binder dan mengekori Foggia dengan cukup dekat sebelum memintas dua lap kemudian. Pelumba Sepanyol itu cuba membuka jarak sekitar 0.5s di depan. Namun, tindakan yang bijak daripada Foggia (serangan dari dalam) membolehkan dia merampas semula posisi di depan.

Para pemenang Moto3 Litar Autodromo. Dari kiri: Andrea Migno, Pedro Acosta dan Niccolo Antonelli.
Para pemenang Moto3 Litar Autodromo. Dari kiri: Andrea Migno, Pedro Acosta dan Niccolo Antonelli.

Pada lap terakhir, Acosta mendapat ruang untuk memintas dan Binder juga cuba membrek dengan lambat. Akibatnya, dia terlanggar Foggia sehingga pelumba itu terbabas ke luar litar bersama-sama Garcia. Foggia dan pasukannya ternyata sangat kecewa selepas hampir seluruh perlumbaan berada di hadapan sekali. Binder yang menyebabkan kemalangan itu telah dibatalkan daripada perlumbaan.

Tahniah buat Pedro Acosta di atas kejayaannya menempa sejarah pada usia semuda 17 tahun. Tempat kedua dimenangi oleh dua pelumba Itali iaitu Andrea Migno dan Niccolo Antonelli. RR

Info Kejayaan Pedro Acosta:

  • Grand Prix Pertama: Qatar 2021, Moto3
  • Podium Pertama: Qatar 2021, Moto3
  • Kemenangan Pertama: Doha 2021, Moto3
  • Penyertaan Grand Prix: 17 Moto3
  • Menang: 6
  • Podium: 8

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.