☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 16 November 2021

Valentino Rossi tersenarai sebagai Lagenda MotoGP

Valentino Rossi telah dianugerahkan MotoGP 'Hall of Fame' dan kini dengan rasminya merupakan salah seorang Lagenda MotoGP. Juara Dunia sembilan kali itu benar-benar tidak menyangka pemberian penghormatan itu ketika menghadiri Majlis Anugerah FIM MotoGP yang diadakan selepas tamatnya perlumbaan pusingan akhir di Valencia.

CEO Dorna, Carmelo Ezpeleta telah diberi penghormatan untuk menyerahkan trofi tersebut, meraikan sejarah dan kegembiraan di seluruh dunia yang dicetuskan oleh 'The Doctor' di sepanjang 26 tahun penglibatannya dalam dunia perlumbaan. Sembilan takhta Juara Dunia, 115 kemenangan dan 235 podium dalam semua kategori yang disertai beliau.

Valentino Rossi kini telah memahat namanya dalam sejarah MotoGP seperti mana yang dicapai oleh Giacomo Agostini, Mick Doohan, Geoff Duke, Wayne Gardner, Mike Hailwood, Daijiro Kato, Eddie Lawson, Anton Mang, Angel Nieto, Wayne Rainey, Phil Read, Jim Redman, Kenny Roberts, Jarno Saarinen, Kevin Schwantz, Barry Sheene, Marco Simoncelli, Freddie Spencer, Casey Stoner, John Surtees, Carlo Ubbiali, Alex Crivillé, Franco Uncini, Marco Lucchinelli, Randy Mamola, Kork Ballington, Dani Pedrosa dan ramai lagi.

Dalam majlis tersebut, para pemenang untuk semua kategori turut menerima trofi idaman masing-masing. Tiga nama utama untuk diraikan musim ini dan mereka ialah Fabio Quartararo (MotoGP), Remy Gardner ( Moto2) dan Pedro Acosta selaku juara Moto3. Para penerima anugerah Tissot Pole pula terdiri daripada Francesco Bagnaia (MotoGP), Raul Fernandez (Moto2) dan Romano Fenati (Moto3).

Juara MotoGP 2021 - Fabio Quartararo.
Juara MotoGP 2021 - Fabio Quartararo.
Para pemenang keseluruhan Moto2. Dari kiri: Raul FErnandez, Remy Gardner dan Marco Bezzecchi.
Para pemenang keseluruhan Moto2. Dari kiri: Raul FErnandez, Remy Gardner dan Marco Bezzecchi.
Pedro Acosta 'tengah' cukup berpuas hati dengan pencapaiannya.
Pedro Acosta 'tengah' cukup berpuas hati dengan pencapaiannya.
Juara MotoGP 2020, Joan Mir berada di tangga ketiga musim ini.
Juara MotoGP 2020, Joan Mir berada di tangga ketiga musim ini.

Antara anugerah-anugerah lain yang diumumkan pada malam itu ialah untuk Pemenang FIM Enel MotoE World Cup, Pasukan Persendirian Terbaik, Rookie of the Year, Pasukan dan Pengeluar Terbaik, Red Bull MotoGP Rookies Cup dan kejuaraan FIM MiniGP World Series. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.

Warta Roda

Honda Ride to Reach: 65 Buah Motosikal Honda Turun Padang

Sebanyak 65 buah motosikal Honda membanjiri kawasan Pantai kuala Muda, Pulau Pinang bagi menyertai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).