☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 18 November 2021

Hafizh Syahrin Bakal Beraksi di WSBK 2022

Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah kini sah akan meneruskan kariernya dalam sukan permotoran selepas mendapat persetujuan untuk menyertai pasukan Mie Racing untuk saingan World Superbike Championship musim 2022. Berita baik ini telah disampaikan oleh Hafizh sendiri dan pihak Mie Racing baru-baru ini.

Pelumba berusia 27 tahun ini akan menamatkan saingannya dalam Moto2 tahun ini selepas beberapa musim berada dalam kelas premium dan juga Moto2. Hafizh bakal mencabar dengan menunggang jentera produk terpantas iaitu Honda CBR1000RR-R Fireblade bersama-sama pelumba berpengalaman, Leandro Mercado dari Argentina.

Prinsipal Pasukan Mie Racing, Midori Moriwaki -kanan- & Hafizh Syahrin, pelumba moto2 negara.
Prinsipal Pasukan Mie Racing, Midori Moriwaki -kanan- & Hafizh Syahrin, pelumba moto2 negara.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih buat pasukan terutamanya Midori Moriwaki dan Honda di atas kepercayaan ini. Saya yakin kami akan dapat bekerjasama dengan sebaiknya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan pastinya saya akan lakukan yang terbaik. Ia adalah cabaran terbaru dan saya sudah tidak sabar-sabar lagi untuk memulakannya. Saya tahu semua pihak teruja seperti mana saya sendiri,” Hafizh Syahrin.

Pasukan Mie Racing turut mengakui telah mengikuti perjalanan karier Hafizh Syahrin yang juga dikenali sebagai El-Pescao (The Fish) sejak dia beraksi sebagai pelumba wildcard menggunakan jentera Moriwaki pada tahun 2011 yang lalu.

Honda CBR1000RR-R Fireblade, jentera yang digunakan oleh pelumba Leandro Mercado dari pasukan Mie Racing.
Honda CBR1000RR-R Fireblade, jentera yang digunakan oleh pelumba Leandro Mercado dari pasukan Mie Racing.

“Dia adalah salah seorang pelumba yang memiliki kesungguhan dan sangat konpetitif sejak berada di peringkat Asia lagi dan kehadirannya dalam pasukan ini sangat dialu-alukan,” kata Prinsipal Pasukan Mie Racing, Midori Moriwaki. RR

Isu Pada

Disember 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.

Dari Litar

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Hakim Danish Ramli mempamerkan kebangkitan menarik untuk menamatkan saingan GP Austria di tempat kesembilan.