☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 2 September 2021

Toprak Razgatlioglu Pamer Aksi Mantap. Kini Hampiri Rea

Pelumba pasukan Pata Yamaha with BRIXX WorldSBK, Toprak Razgatlioglu kini semakin pantas mengejar Jonathan Rea (Kawasaki Racing Team WorldSBK) selepas menamatkan minggu yang cukup cemerlang. Dengan tunggangan yang mantap serta insiden yang menimpa Rea dalam perlumbaan awal membolehkan pelumba dari Turki itu bertambah lancar dalam proses meraih kejuaraan musim ini.

Prestasi Toprak -54- semakin hari semakin mantap.
Prestasi Toprak -54- semakin hari semakin mantap.

Dalam Perlumbaan 1, Rea yang cuba untuk memberi saingan sengit terbabas sebanyak dua kali sehingga terpaksa bersara lebih awal. Toprak kemudiannya memimpin perlumbaan tetapi diberi desakan tanpa henti oleh Scott Redding yang tidak kurang hebatnya. Toprak berjaya membuat serangan dari dalam di saat-saat akhir perlumbaan. Rea cuba melawan semula tetapi terpaksa akur apabila Toprak terlebih dahulu menerima kibaran bendera penamat.

Permulaan saingan akhir WSBK yang menyaksikan kepantasan jentera Toprak dan Scott Redding.
Permulaan saingan akhir WSBK yang menyaksikan kepantasan jentera Toprak dan Scott Redding.

Tempat ketiga dimenangi oleh Andrea Locatelli diikuti oleh Michael Ruben dan Axel Bassani masing-masing di tempat keempat dan kelima.

Perlumbaan 2 semakin mencabar. Toprak yang ingin mencipta hatrik kali ini diberi kejutan apabila rakan sepasukannya, Locatelli pula memberi saingan yang cukup sengit. Scott Redding akhirnya berjaya mengatasi Toprak dalam lap keempat dan mengerahkan seluruh tenaga jenteranya untuk membuka jarak dan meraih kemenangan.

Para pemenang Perlumbaan 1. Dari kiri: Scott Redding, Toprak Razgatlioglu dan Andrea Locatelli.
Para pemenang Perlumbaan 1. Dari kiri: Scott Redding, Toprak Razgatlioglu dan Andrea Locatelli.

Rea yang cuba mendapatkan konsistensi berjaya mengatasi Locatelli untuk berada di tempat ketiga. Dia perlu meraih podium agar pungutan matanya tidak terlalu dekat untuk dikejar oleh Toprak khususnya. Scott Redding akhirnya berjaya muncul juara diikuti oleh Toprak di tempat kedua manakala Rea bersama jentera Kawasaki ZX-10RRnya di tempat ketiga.

Philipp Oettl -5- cuba menahan kemaraan M. Gonzalez -81- ketika saingan WorldSSP dimulakan.
Philipp Oettl -5- cuba menahan kemaraan M. Gonzalez -81- ketika saingan WorldSSP dimulakan.

WorldSSP

Dominique Aegerter menarik nafas lega apabila berjaya menang dalam Perlumbaan 2 selepas dikecewakan oleh Steven Odendaal dalam saingan awal. Selepas meraih 25 mata, Steven kembali ke litar dengan penuh bersemangat dan menyasarkan untuk melakukan kemenangan berganda tetapi kali ini ia ternyata satu tugas berat.

Dominique Aegerter -tengah- merampas semula kemenangan dalam Perlumbaan 2 WorldSSP.
Dominique Aegerter -tengah- merampas semula kemenangan dalam Perlumbaan 2 WorldSSP.

Dominique Aegerter memiliki kepantasan yang mengagumkan untuk membuka jurang masa sedikit demi sedikit. Pelumba Swiss akhirnya berjaya meraih kemenangan keenam musim ini dengan kelebihan 1 saat di hadapan Steven dan Manuel Gonzalez.

Steven Odendaal -4- cemerlang untuk mengatasi Gonzalez -81- dan Oettl -5-.
Steven Odendaal -4- cemerlang untuk mengatasi Gonzalez -81- dan Oettl -5-.

Dengan kemenangan itu, Dominique Aegerter terus berada di tangga tertinggi carta keseluruhan dengan 207 mata diikuti oleh Steven Odendaal (170 mata) dan Philipp Oettl dengan 137 mata.

Para pemenang Perlumbaan 2 WorldSSP 300. Dari kiri: Tom Booth-Amos, Jeffrey Buis dan Alejandro Carrion.
Para pemenang Perlumbaan 2 WorldSSP 300. Dari kiri: Tom Booth-Amos, Jeffrey Buis dan Alejandro Carrion.

WorldSPP300

Hasrat pelumba dari Belanda, Victor Steeman untuk membawa pulang 50 mata sempurna tidak kesampaian apabila dia hanya mampu menamatkan saingan di tempat keempat dalam Perlumbaan 2. Ketangkasan yang dipamerkan di peringkat awal telah berjaya disekat oleh para pelumba mantap lain seperti Jeffrey Buis, Tom Booth-Amos dan Alejandro Carrion.

Kelompok pertama cukup sengit sehingga sukar untuk kita tentulah siapa pemenangnya. Terdapat empat buah jentera Kawasaki Ninja 400 dan sebuah KTM, masing-masing begitu rapat, saling memintas serta memiliki rentak yang sama.

Oliver Konig -52- memberikan persembahan terbaik untuk tamat di tempat keenam.
Oliver Konig -52- memberikan persembahan terbaik untuk tamat di tempat keenam.

Dalam perebutan itu, Jeffrey melintasi garisan penamat dengan perbezaan masa 0.008 saat di depan Tom. Menerusi gambar photo-finish, hanya sedikit sahaja bahagian hadapan jentera Jeffrey mendahului pencabar dan ini adalah kemenangan pertamanya untuk musim ini. Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Alejandra dan Victor hanya 0.032 saat di belakang para pemenang.

Kedudukan Mata Keseluruhan WorldSSP 300

  1. Adrian Huertas 129 mata
  2. Tom Booth-Amos 118 mata
  3. Jeffrey Buis 86 mata
  4. Samuel Di Sora 77 mata
  5. Victor Steeman 63 mata

Perlumbaan seterusnya diadakan di litar Navarra, Sepanyol pada 20-22 Ogos 2021 diikuti oleh Litar Magny-Cours, Perancis pada 3-5 September 2021. RR

Isu Pada

September 2021

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.