☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 17 Disember 2021

Siapakah Yang Akan Merebut Gelaran Juara CP150 Musim 2021?

Persaingan Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia yang berlangsung pada 17hb – 19hb Disember ini (Pus. 9 & 10) di Litar Antarabangsa Sepang Selatan akan menjadi penentuan siapa yang akan bergelar juara keseluruhan kelas CP150. Pertembungan epik antara dua pelumba iaitu Azroy Hakeem Anuar dan Ahmad Afif Amran mengingatkan kembali persaingan mereka pada tahun 2019 dimana kejuaraan berpihak kepada pelumba dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ Racing itu.

Pelumba pasukan Honda Yuzy Idemitsu Team, Azroy Hakeem masih mendahului carta keseluruhan CP150 dengan kutipan 125 mata selepas 8 pusingan. Walaupun terlepas perlumbaan Pusingan 1, beliau mula memimpin tangga kejuaraan apabila memenangi Pusingan 3 yang berlangsung dalam keadaan hujan. Azroy kemudian terus melebarkan penguasaanya dengan jurang 32 mata selepas 6 pusingan. Pada perlumbaan di litar Tangkak, Azroy Hakeem telah menamatkan saingannya di tempat kelima.

“Di atas kertas, saya mungkin kurang bernasib baik di Litar Sepang Selatan. Namun, secara jujurnya, saya amat suka trek ini berbanding Litar Sepang Utara kerana lebih mencabar. Perlumbaan di Litar Sepang Selatan lebih terbuka dan sesiapa sahaja boleh menang. Saya akan menggunakan segala pengetahuan dan pengalaman untuk menamatkan dua perlumbaan terakhir ini di hadapan Afif. Dalam masa yang sama, saya juga akan berwaspada dengan Akid yang masih mampu mencabar kejuaraan. Saya akan berusaha untuk mendapatkan gelaran juara pada musim ini,” kata Azroy Hakeem Anuar.

Manakala Afif Amran yang sebelum ini terkeluar dari senarai 10 pelumba teratas keseluruhan CP150 apabila gagal menamatkan perlumbaan pusingan 3 walaupun pada aksi pembukaan meraih podium. Bekas juara CP150 musim 2018 dan 2019 itu kemudian bangkit selepas meraih kemenangan berganda di Litar Tangkak untuk merapatkan jurang mata keseluruhan dangan perbezaan 4 mata antara Azroy Hakeem.

“Sudah pastinya kesemua pasukan dan pelumba akan membuat persiapan sepenuhnya untuk mendapatkan keputusan terbaik sempena penutup misum 2021. Saya akui ada sedikit tekanan. Namun, saya anggap ianya hanyalah perkara biasa dan cuba menghadapi cabaran dengan tenang. Saya tidak akan terfikir untuk mengejar gelaran juara supaya tidak terlalai ketika perlumbaan. Saya akan beri tumpuan sepenuhnya untuk mendapatkan setup jentera dan strategi perlumaan yang terbaik,” kata Ahmad Afif Amran.

Pertembungan antara jentera dua pengeluar ini pasti akan menjadi tumpuan yang dinantikan oleh seluruh peminat Cub Prix hujung minggu ini. Namun, pelumba ONEXOX TKKR Racing Team, Akid Aziz masih berpeluang mencabar kejuaraan. Buat masa ini, beliau masih tidak meletakkan apa-apa sasaran lagi dan akan menunggu situasi sebenar pada minggu perlumbaan.

Dua pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor iaitu Kasma Daniel Kasmayuddin dan Nazirul Izzat juga masih mampu menggugat kejuaraan jika sesuatu berlaku kepada pendahulu. Walaupun pelumba lain tidak mempunyai peluang merebut gelaran juara keseluruhan, mereka pasti akan cuba mendapatkan keputusan terbaik sebelum tirai musim ini dilabuhkan. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Tiga Jurutera ZXMOTO China Hadir Ke Malaysia, Kongsi Kepakaran Pemasangan Model

Tiga orang jurutera teknikal diterbangkan khas dari ZXMOTO China ke Malaysia bagi menjalankan sesi latihan dan bimbingan berkaitan kaedah pemasangan model-model motosikal keluaran syarikat berkenaan.