☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 27 Disember 2021

Kejuaraan Cub Prix 2022 Kekal 10 Pusingan, Tertumpu Di Tiga Litar Tetap

Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia untuk musim 2022 akan kekal sebanyak 10 pusingan. Seperti musim 2020 dan 2021, kejohanan lumba motosikal terbesar negara ini akan tertumpu di tiga litar iaitu Litar Antarabangsa Sepang, Litar Tangkak dan Litar Permotoran Terengganu.

Aksi pembuka tirai Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia untuk musim depan akan diadakan di Litar Utara Sepang pada 12hb dan 13hb Mac 2022.

Di bawah adalah kalender perlumbaan Kejuaraan Cub Prix musim 2022:

  • Pusingan 1: Sepang Utara - 12 & 13 Mac, 2022
  • Pusingan 2: Litar Tangkak - 14 & 15 Mei, 2022
  • Pusingan 3: Sepang Selatan - 11 & 12 Jun, 2022
  • Pusingan 4: Litar Permotoran Terengganu - 24 & 25 Jun, 2022
  • Pusingan 5: akan diumumkan - 16 & 17 Julai, 2022
  • Pusingan 6: Sepang Utara - 6 & 7 Ogos, 2022
  • Pusingan 7: Litar Permotoran Terengganu - 26 & 27 Ogos, 2022
  • Pusingan 8: Sepang Selatan - 8 & 9 Oktober, 2022
  • Pusingan 9: Litar Tangkak - 29 & 30 Oktober, 2022
  • Pusingan 10: akan diumumkan - 3 & 4 Disember, 2022

"Mengikut arahan baru yang telah dipersetujui oleh semua pihak, Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia akan lebih mengutamakan di litar-litar tetap. Ada kemungkinan kami akan menganjurkan beberapan perlumbaan di litar sementara seperti dahulu. Namun, litar tetap akan lebih diutamakan untuk menaiktaraf sukan permotoran di Malaysia," kata Ron Hogg, Pengarah Safe Aim Mutual Sdn Bhd.

"Kami juga berharap akan memperbanyakkan lagi fasiliti, infrastruktur sukan permotoran dan litar akan dibina dalam negara ini. Kemudahan seperti ini akan banyak membantu dalam usaha meningkatkan daya saing sukan perotoran di negara ini."

"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat semua pihak yang banyak membantu menyempurnakan kejohanan nusim 2021. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja terutama penaja utama iaitu PETRONAS serta semua pasukan, para pelumba dan agensi-agensi kerajaan yang turut menjayakan musim 2021 cukup mencabar ini," tambah Ron Hogg. RR

Popular

  • Model Baru

    Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

  • Pandu Uji

    Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

  • Warta Roda

    Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

  • Warta Roda

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

  • Model Baru

    Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Artikel berkaitan

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Hakim Danish Sasar Keputusan Lebih Baik di Misano

Nicolo Bulega Sah ke MotoGP 2027

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) raih kemenangan di GP Jepun dalam perlumbaan Sprint dan perlumbaan akhir.

Model Baru

MORBIDELLI C252V Sudah Berada Di Pasaran Malaysia

Morbidelli C252 sudah berada di pasaran negara.

Warta Roda

Kunjungan Rasmi TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke Boon Siew Honda

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, mengadakan kunjungan ke ibu pejabat Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Warta Roda

Sah... Yamaha XMAX 300 TECH MAX Diserahkan Kepada 200 Pemilik Pertama

Tahniah buat 200 pemilik pertama Yamaha XMAX 300 Tech MAX di Malaysia yang telah menerima motosikal masing-masing menerusi program penyerahan khas yang diadakan serentak di seluruh negara oleh pengedar sah Yamaha Big Bike.